Saturday, 3 May 2025

SAMBUTAN HARI BOMBA SEDUNIA, HARGAI JASA DAN PENGORBANAN

 
Hari Bomba Sedunia disambut setiap tahun pada tarikh 4 Mei. Sambutan itu sebagai mengiktiraf tugas anggota bomba atas pengorbanan, keberanian dan dedikasi mereka dalam melindungi keselamatan rakyat.
 
Mereka wira yang sentiasa bersedia menghadapi bahaya demi keselamatan masyarakat. Skop tugas angota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bukan terhad kepada memadan kebakaran api semata-mata, bahkan pelbagai penugasan yang lebih menyeluruh sesuai dengan perkataan 'penyelamat".
 
Komitmen mereka terhadap tugas sungguh luar biasa kerana sentiasa mendahulukan kepentingan orang lain berbanding diri sendiri.
 
Dalam menjalankan tugas, anggota bomba berdepan dengan bahaya yang boleh mencederakan diri, bahkan ada yang maut ketika menjalan tugas.
 
Penghormatan dan penghargaan sewajarnya diberikan kepada anggota bomba yang banyak berjaya menyelamatkan nyawa dan harta rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment