Faktor kejayaan dipilih memasuki sekolak asrama penuh. Kecoh apabila agak ramai calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) 2017 yang mendapat 6A tetapi
tidak berjaya masuk Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
Yang lebih pelik, calon yang hanya dapat 2A berjaya pula.
Malah, ada murid cuma mendapat 1A, tapi diterima masuk ke sekolah kawalan.
Jangan pelik tuan puan. Kerajaan dah mula melaksanakan fasa
kedua tranformasi pendidikan. Murid tidak lagi dinilai berdasarkan kepintaran
IQ semata-mata.
Penilaian terhadap murid dinilai secara menyeluruh. Sesuai
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menitik beratkan semua aspek
termasuk intelek, emosi, rohani dan jasmani.
Rata-rata murid yang gagal ke SBP hanya bijak di atas kertas
sahaja, tetapi kurang melibatkan diri dalam sukan. Murid lain walau hanya dapat
2A dan 3A, tetapi aktif bersukan hingga mewakili daerah dan negeri. Ini punca
utama murid yang mendapat 2A dan 3A diterima masuk ke SBP.
Apa itu sekolah kawalan? Sekolah kawalan ada 6 jenis
semuanya. Antaranya ialah Kelas Rancangan Khas (KRK) yang diwujudkan untuk
menampung pelajar cemerlang yang tidak dapat masuk ke SBP dan MRSM disebabkan
tiada lagi kekosongan.
Dulunya, hanya murid yang mendapat keputusan cemerlang, 5A
dan 6A sahaja diterima masuk ke KRK. Namun bermula tahun ini tidak lagi.
Murid yang aktif bersukan, banyak mewakili sekolah, daerah
dan negeri dalam pantun, sajak, sukan dan sebagai juga layak walau keputusan
UPSR mereka hanya 1A sahaja.
Nampak gayanya, kerajaan kita serius melaksanakan program
tranformasi pendidikan yang digubal. Bukan sekadar omong kosong, bukan sekadar
atas kertas sahaja. Jadi kita jangan ketinggalan dan kena tahu hal semasa
seperti ini.
Syarat utama untuk mohon ke SBP dan MRSM hari ini tidak lagi
bergantung pada bilangan A yang banyak.
Keaktifan dalam bidang kokurikulum telah menjadi salah satu
kriteria utama dalam pemilihan pelajar SBP.
Pendek kata, selain suruh anak-anak belajar, ajak juga mereka
bersenam dan bersukan. Jangan hanya menjadi ulat buku, sebaliknya kena aktif
juga dalam program sekolah yang lain. Baru peluang ke SBP dan MRSM lebih cerah.
Jadi ibu bapa sekalian. Sila ambil berat tentang aspek-aspek
yang dinilai ini.
Kita bukan sahaja mahu melahirkan generasi yang bijak
otaknya, bahkan kecergasan dan kemahiran lain juga dititik beratkan.
Apa yang diamalkan sekarang satu perkembangan yang bagus
dalam dunia pendidikan.
No comments:
Post a Comment