Isi kelapa muda memang sedap. Rasanya memikat hati sesiapa
mencubanya. Tambah pula jika dimakan bersama dengan airnya.
Isinya dari yang masih 'hingus' hinggalah agak keras sedikit.
Kadar lembut keras isi kelapa muda berdasarkan usianya.
Menariknya, cara hendak asingkan isi kelapa muda dari
tempurung ialah menggunakan sudu kelapa yang dibuat dari sabut buah kelapa itu
sendiri.
Sedikit bahagian tampuk (bahagian bawah) yang sedikit timbul
dipotong menjadi seperti sudu. Satu kaedah mesra alam dan menghargai apa sahaja
sumber yang ada di sekeliling.
Jadi, naik kelapa muda di kebun ataupun di kawasan
berhampiran dengan kawasan rumah, tidak perlu dicari sudu untuk makan isi
kelapa muda.
Idea orang dahulu memang kreatif. Ikhtiar hidup mereka menggunakan
sumber alam.
Lain dengan orang sekarang. Semua hendak mudah dengan cara membelinya.
No comments:
Post a Comment