Alasan mengapa anda perlu berhenti merokok.
1. Gangguan emosi. Perokok mengalami gangguan emosi setiap kali
tidak dapat merokok dalam tempoh masa yang agak panjang. Mereka berada dalam keadaan gelisah dan tidak
dapat menumpukan perhatian kepada tugas selagi tidak dapat merokok.
Islam menganjurkan agar kita menjaga
kesihatan minda. Merosakkan emosi
samalah menolak nikmat akal yang dikurniakan Allah.
2. Mewariskan sikap buruk kepada ahli keluarga. Keluarga yang terdapat ahli keluarganya
merokok mudah mewariskan tabiat buruk itu kepada ahli keluarga lain.
Permulaan didikan anak adalah contoh
daripada ibu bapa. Sekiranya bapa atau
ibu merokok, kemungkinan besar anak juga akan turut merokok. Perbuatan itu samalah mengajar agar anak
turut melakukannya. Sebaliknya, bapa
atau ibu yang tidak merokok akan melahirkan keluarga yang tidak merokok.
3. Sikap pentingkan diri. Didapati perokok adalah golongan yang mementingkan diri sendiri. Perokok tidak kisah pendangan orang terhadap
perbuatan itu. Apa yang penting mereka
dapat terus merokok.
Perokok lebih pentingkan membeli
rokok daripada membeli keperluan keluarga. Banyak keluarga miskin tidak mendapat apa yang sepatutnya disebabkan
lebih pentingkan membeli rokok.
4. Permulaan menghampiri dadah. Majoriti mereka yang terjebak dadah pada peringkat awalnya terlebih
dahulu adalah penagih rokok. Perokok
yang telah mati hatinya mudah melakukan perbuatan yang dianggap lebih mencabar.
5. Lambang keruntuhan akhlak. Perokok sentiasa dipandang negatif. Perokok di kalangan remaja menjadi lambang kerutuhan akhlak.
No comments:
Post a Comment