Penguasa Islam ketika
itu, Musa bin Nushair memerinthkan Thariq bersama-sama 7,000 orang tentera
Muslim menyerang Andulusia setelah permintaan untuk mengembangkan agama Islam
di situ ditolak.
Bermula dengan menaiki
kapal menyeberang Teluk Gibraltar, setelah mendarat di Andalusia, Thariq telah
memerintahkan agar semua kapal perang Islam dibakar, sambil berpidato dengan
penuh bersemangat bagi menaikkan semangat tentera Islam.
Ucap Thariq: "Musuh
di hadapan kamu. Apabila kamu berundur, lautan di belakang kamu. Pilihlah yang
mana lebih tinggi kehormatan berjuang di jalan Allah atau mati ditelah
lautan."
Ucapan Thariq itu
berjaya membakar semangat tentera Muslim untuk berjuang bermati-matian sambil
mengharapkan pertolongan Allah.
Para tentera menyahut
seruan Thariq itu dengan berkata: "Kita datang ke sini, tidak untuk
kembali lagi. Kita berada di sini hanya mempunyai dua pilihan iaitu sama ada
kita menakluki negeri ini, menetap di sini dan menyebarkan Islam atau kita
semua akan binasa."
Semangat jitu itu
membolehkan tentera Islam menawan satu demi satu kota atau kedudukan tentera
Andalusia sehingga akhirnya keseluruhan kerajaan Andalusia yang mempunyai lebih
100,000 orang tentera berjaya dikuasai tentera Islam yang hanya berjumlah
12,000 orang (tambahan 5,000 orang daripada jumlah kumpulan pertama seramai
7,000 orang) pada bulan Ramadan tahun 91 Hijrah.
Sejak itu, Andalusia
menjadi pusat perkembangan ilmu dan mercu peradaban manusia di benua Eropah.
No comments:
Post a Comment