Penguasa Islam ketika
itu, Musa bin Nushair memerinthkan Thariq bersama-sama 7,000 orang tentera
Muslim menyerang Andulusia setelah permintaan untuk mengembangkan agama Islam
di situ ditolak. Bermula dengan menaiki
kapal menyeberang Teluk Gibraltar, setelah mendarat di Andalusia, Thariq telah
memerintahkan agar semua kapal perang Islam dibakar, sambil berpidato dengan
penuh bersemangat bagi menaikkan semangat tentera Islam.
Ucap Thariq: "Musuh
di hadapan kamu. Apabila kamu berundur, lautan di belakang kamu. Pilihlah yang
mana lebih tinggi kehormatan berjuang di jalan Allah atau mati ditelah
lautan."
Ucapan Thariq itu
berjaya membakar semangat tentera Muslim untuk berjuang bermati-matian sambil
mengharapkan pertolongan Allah.
Para tentera menyahut
seruan Thariq itu dengan berkata: "Kita datang ke sini, tidak untuk
kembali lagi. Kita berada di sini hanya mempunyai dua pilihan iaitu sama ada
kita menakluki negeri ini, menetap di sini dan menyebarkan Islam atau kita
semua akan binasa."
Semangat jitu itu
membolehkan tentera Islam menawan satu demi satu kota atau kedudukan tentera
Andalusia sehingga akhirnya keseluruhan kerajaan Andalusia yang mempunyai lebih
100,000 orang tentera berjaya dikuasai tentera Islam yang hanya berjumlah
12,000 orang (tambahan 5,000 orang daripada jumlah kumpulan pertama seramai
7,000 orang) pada bulan Ramadan tahun 91 Hijrah.
Sejak itu, Andalusia
menjadi pusat perkembangan ilmu dan mercu peradaban manusia di benua Eropah.
Selain itu, pada bulan Ramadan juga tentera Islam berjaya menguasai daerah
Ghaal di Perancis atau kini dikenali Pays des Gualles.
Seterusnya, Ramadan
tahun 584 Hijrah turut mencatatkan kejayaan cemerlang umat Islam apabila
Solahuddin al-Ayubi bersama angkatan tenteranya berjaya mengalahkan tentera
Salib. Dengan kemenangan itu, kota Baitulmaqdis dan bumi Palestin kembali
kepada pangkuan umat Islam.
Berdasarkan sejarah
besar yang berlaku pada bulan Ramadan itu, wajar sekali umat Islam menjadikan
bulan penuh keberkatan ini sebagai pemangkin untuk mencipta kejayaan dalam
hidup sendiri, untuk keluarga, agama, bangsa dan negara.
Semangat jitu yang
terbina hasil didikan melaksanakan puasa perlu disalurkan untuk melaksanakan
tanggungjawab dan usaha secara bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan
cemerlang.
Amalan puasa yang
biasanya dikaitkan dengan rasa lapar dan letih perlu diubah kepada terbentuknya
semangat yang lebih hebat berbanding hari-hari biasa. Jiwa yang berjaya
mengatasi hasutan syaitan akan memiliki kekuatan untuk menangkis segala ancaman
negatif lain yang sentiasa mencari ruang untuk memusnahkan diri.
No comments:
Post a Comment