Projek tanaman lada secara fertigasi gantung
di Kampung Derdap, Limbat, Pasir Tumboh, Kelantan menunjukkan kemahuan yang menggalakkan.
Projek permulaan dengan sejumlah 1000 polibeg diusahakan oleh 4 orang belia kampung
berkenaan.
Projek yang diketuai Hassan dengan dengan
bantuan KADA itu membuahkan kejayaan. Kini mereka bercadang untuk menambah 1000
polibeg lagi untuk meningkatkan pengeluaran dan seterusnya pendapatan.
Projek tanaman secara fertigasi telah berjaya
menarik minat golongan muda menyertai pertanian kerana pengurusan kawalan dan
kutip hasil yang mudah dan bersih, serta kurang penggunaan racun.
Dengan bantuan dari pihak KADA, termasuk khidmat
nasihat, projek itu berdaya maju dan wajar direbut oleh golongan belia untuk dijadikan
satu kerjaya yang mendatangkan pendapatan lumayan.
Taniah kerana menjadikan pertanian untuk menjana pendapatan.
No comments:
Post a Comment