Faktor
budaya dan bangunan lama yang unik di sesuatu lokasi atau destinasi adalah produk
yang menarik terutamanya di kalangan para pelancong. Lokasi pelancongan utama dunia
banyak melibatkan fakto budaya dan bangunan lama.
Fakta
sejarah dan latarbelakang perkembangan Kota Bharu merupakan bahan maklumat yang
menarik dalam setiap persembahan produk pelancongan.
Budaya
masyarakat tempatan yang terdapat di Kota Bharu mempunyai keunikannya yang
tersendiri yang menambat hati para pelancong.
Bandar
Kota Bharu mempunyai pelbagai produk pelancongan dari monumen dan bangunan
bersejarah hingga ke aktiviti perniagaan dan barangan kraftangan.
Salah
satu daya tarikan di Kota Bharu ialah keunikan Zon Warisan Budaya yang terdapat
di dalamnya Istana Balai Besar, Bank Pitis, Istana Jahar, Istana Batu, Muzim Islam,
Muzium Perang Dunia Kedua, Padang Merdeka, Tambatan Diraja dan Masjid Muhammadi.
Pintu
Gerbang Kota Sultan Ismail Petra pula dianggap sebagai 'kota' menempat tempat-tempat itu
biarpun pintu gerbang yang juga dikenali Menara Rehal tidak meliputi semua bangunan-bangunan
tersebut.
Seperti
lazimnya, bangunan lama lama akan semakin menjadi usang dan ada bahagian akan mengalami
kerosakan. Justeru, proses pemuliharaan bangunan atau mercu tanda itu perlu dilakukan
untuk menggalakkan mengekalkan keutuhan dan keadaan asal sebagai aset dalam pembangunan
pelancongan.
Pemuliharaan
bandar boleh disifatkan sebagai penjagaan dan pengekalan warisan bandar
daripada dimusnah atau diubah tanpa perancangan, pengawalan dan pengurusan yang
sempurna lagi sistematik.
Dalam
konteks sebuah bandar warisan, fakta sejarah dan latarbelakang serta
peninggalan seni bina memainkan peranan yang penting di dalam memajukan
industri pelancongan.
Ini
adalah kerana fakta sejarah dan latarbelakang sesuatu tempat, kawasan atau
bangunan dapat memberikan maklumat yang berguna kepada para pelancong mahupun
generasi akan datang.
Maklumat
ini menjadi lebih kukuh lagi dengan adanya kesan dan bahan peninggalan sejarah
seperti bangunan lama, kota atau kubu, monumen dan artifak.
Terdapat
hubungkait di antara konsep pemuliharaan bandar dengan pembangunan pelancongan
tempatan. Selain daripada mendalami konsep pemuliharaan bandar, kajian ini juga
menyentuh aspek-aspek pembentukan imej bandar dan pemasaran pelancongan.
No comments:
Post a Comment