Monday, 19 October 2020

PETUA CARA KEKAL CANTIK CERGAS SELEPAS BERSALIN

Wanita biasanya berdepan masalah kekal cantik dan menarik lepas bersalin. Sebenarnya, kecantikan tidak kekal secara semulajadi. Sebaliknya kecantikan banyak berkaitan dengan gaya hidup dan amalan dilakukan.    

Pengambilan herba sangat bagus untuk kesihatan dalaman. Tambah-tambah untuk ibu yang sedang dalam pantang.

Dahulu ibu bersalin berpantang, minum air akar kayu dan herba. Sebab itu, walaupun sudah beranak 10 orang, bentuk badan macam anak dara dan muka pun awek muda.

Berbeza dengan ibu berpantang sekarang, sudah tidak amal air akar kayu. Semuanya hendak senang dan sedap. Orang tua kata, lagi pahit lagi mujarab.

Walaupun berpantang cara moden sekalipun, herba tradisional jangan tinggal. Sekarang herba sudah dikomersialkan dan mudah untuk dimakan.

Tempoh berpantang adalah lebih kurang 44 hari. Semasa dalam tempoh itu kena konsisten pengambilan herba ini supaya cepat sihat dan bertenaga. Banyak jenis herba baik diamalkan ketika berpantang.

Sireh baik untuk mengurangkan masalah keputihan, menstabilkan kitaran haid dan menghilangkan kegatalan.

Manjakani membantu menegangkan otot faraj, menganjalkan kulit selepas bersalin, baik untuk menegangkan payu dara dan menstabilkan hormon.

Temulawak mengeluarkan toksin dari hati, mengawal kandungan lemak dan kadar kolesterol di dalam badan, mengurangkan kekejangan otot, dan mengawal masalah keputihan.

Tumpuan utama rawatan adalah untuk memulihkan organ pembiakan wanita, menyembuhkan luka, membetulkan keadaan rahim dan mengembalikan ketegangan faraj.

Orang dulu-dulu percaya jika rahim kendur, wanita akan kelihatan tua dari umurnya.

Bengkung memang tidak asing lagi bagi ibu dalam pantang. Pemakaian bengkung semasa dalam pantang sangat penting.

Fungsi bengkung ialah:
- Kempiskan perut
- Menghalang perut daripada dimasuki angin
- Kembalikan tubuh badan kepada asal selepas bersalin
- Tegangkan kulit yang menggeleber
- Kuatkan otot-otot
- Menghalang peranakan daripada turun

Hari ini ramai yang mengambil mudah pemakaian bengkung ini. Banyak alasan diberikan, kononnya panas, tiada masa, susah nak bergerak dan lain-lain lagi.

Mana mungkin perut yang umpama belon semasa mengandung akan kembali ke bentuk asal tanpa berbuat apa-apa.

Sekarang bengkung diubahsuai untuk mudah dipakai yang dinamakan bengkung moden. Yang penting disiplin memakai.

Bertungku untuk mengeluarkan saki baki darah kotor, mengecut dan memulihkan rahim. Ketika betungku badan akan berpeluh dan terasa hangat. Ini akan memudahkan pemulihan tenaga.

Fungsi bertungku:
- Memecahkan lemak
- Mengecutkan rahim dan menaikkan peranakan
- Mengembalikan tubuh badan kepada keadaan asal

Peranakan yang tidak dinaikkan menyebabkan perut menjadi buncit dan rasa tidak selesa. Seolah-olah ada benda menonjol hendak keluar dari faraj.

Betapa pentingnya bertungku semasa berpantang. Cantik dalaman akan menzahirkan kecantikan luaran

Bersenam semasa dalam pantang bukanlah senaman yang berat. Sekadar senaman ringan yang boleh mengeluarkan peluh.

Paling kurang pun buat kerja rumah yang ringan di rumah sekadar untuk mencergaskan badan. Bukan hanya duduk dan tidur sahaja.

Kalau kita dengar kisah ibu kita zaman dahaulu memang kerja buat sendiri, tak ada mesin basuh, paip air dan kemudahan lagi. Bersyukur lah kita dengan segala nikmat yang diberikan.

Susukan anak. Sememangnya susu ibu adalah susu terbaik. Bukan sahaja bagus untuk anak tetapi baik untuk ibu.

Ibu yang menyusukan anak akan cepat mengecutkan rahim. Selain itu ia membantu membakar lebih banyak kalori seterusnya mempercepatkan berat badan turun. 

Kebanyakan ibu yang menyusukan anak sepenuhnya akan mendapat berat badan yang asal dan ia merupakan salah satu cara untuk menjarakkan kehamilan.

Makanan berkhasiat. Ibu dalam pantang memang kena pantang banyak benda. Tak boleh makan sembarangan seperti makanan berangin, makanan sejuk dan beberapa jenis makanan lagi. Kesannya kepada ibu dan juga bayi.

Keadaan ini menyebabkan ibu jadi lesu dan tidak bertenaga. Oleh itu pengambilan makanan berkhasiat sangat penting.

Ibu lepas bersalin perlukan kepada produk yang:
- Melawaskan proses pembuangan air besar.
- Menurunkan berat badan yang berlebihan.
- Bertindak untuk menguatkan tubuh.
- Membantu dan berkesan untuk mengatasi sembelit.
- Membersihkan rahim.
- Mengeluarkan angin.
- Mengeluarkan lendir dan darah kotor dalam badan.  
- Melawaskan pembuang air kecil dan besar.
- Mengatasi kepenatan.
- Mengatasi migrain.
- Mengimbangi kembali sistem badan.

 

No comments:

Post a Comment