Umbut
ialah bahagian pangkal pucuk batang pokok jenis palma seperti kelapa, pinang,
kelapa sawit, kabung, pinang, nipah dan lain-lain. Umbut bahagian batang yang
masih lembut dan boleh dimakan.
Budak-budak
dahulu tidak berpeluang makan macam-macam makanan segera seperti kanak-kanak
sekarang. Masa dahulu makanan yang tersedia biasanya apa yang ada secara semula
jadi di sekeliling kampung seperti buah-buahan dan bahagian pokok seperti daun
dan umbut.
Namun,
peluang untuk makan umbut kelapa bukan datang selalu. Kena tunggu ada orang
menebang pokok kelapa.
Memang
jaranglah orang hendak tebang pokok kelapa yang jangka masa menghasilkan buah
berterusan sehingga puluhan tahun.
Ada orang menebang pokok kelapa hanya jika pokok itu semakin meninggi dan boleh
membahayakan jika tumbang. Jadi, sebelum ia tumbang sendiri akibat ribut, elok
ditebang agar tidak mendatangkan bahaya seperti berkemungkinan menimpa bahagian
rumah.
Pokok
kelapa juga ditebang kalau ada hendak dibuat rumah baharu di tapak tumbuhnya
pokok kelapa itu.
Kalau
alasan lain, memang jarang orang hendak tebang pokok kelapa. Jadi, bayangkan
memang sukar untuk berpeluang dapat makan umbut kelapa.
Jadi,
jika ada pokok kelapa ditebang, budak-budak akan datang berkerumun untuk
melihatnya, mana tahu ada peluang untuk dapat makan umbut kelapa.
Disebabkan
terlalu banyak yang datang, ada yang menebang pokok kelapa akan tinggalkan
dahulu. Ia akan diambil pada masa lain.
Atau
mereka akan memotong bahagian atas tanpa sampai pada bahagian umbut yang boleh
dimakan. Kerja mendapatkan umbut akan dilakukan pada masa lain atau di
rumah.
Memang
sukar untuk mendapat peluang makan umbut kelapa pada waktu itu. Tetapi sekarang
ini, budak-budak tidak lagi berebut hendak makan umbut kelapa, bahkan tidak
tahu umbut kelapa boleh dimakan.
Kalau
diberikan kepada kanak-kanak, mereka akan cuba makan sedikit sahaja. Tidak
sedap kata mereka. Memanglah lidah mereka lebih mudah menerima rasa buah dari
luar negara atau makanan lain yang macam-macam rasa. Setakat umbut kelapa itu
tidak mainlah.
Umbut
ialah bahagian pangkal pucuk batang pokok jenis palma seperti kelapa, pinang,
kelapa sawit, kabung, pinang, nipah dan lain-lain. Umbut bahagian batang yang
masih lembut dan boleh dimakan.
Memandangkan
ia bahagian yang boleh dimakan, bahkan sedap pula, maka banyak orang sanggup
bersusah payah untuk mengumbut (mengambil) umbut.
Umbut
boleh dimakan mentah. Rasanya kelat manis (berlainan mengikut jenis
pokok).
Selain
itu, umbut biasanya digulai atau dibuat acar. Masakan umbut biasanya dijadikan
hidangan istimewa di majlis kenduri kahwin. Mereka sanggup masuk hutan (untuk
mencari pokok tertentu) atau menebang pokok kelapa untuk mendapat umbut sebagai
hidangan tetamu yang hadir.
Proses
mendapatkan umbut ialah memotong batang yang masih ditutupi pelepah. Umbut
lembut terdapat di dalam bahagian yang masih ditutupi pelepah.
Bahagian lembut
itu bakal menjadi keras apabila pelepah telah berkembang dan menjadi batang
matang apabila pelepah telah gugur.
No comments:
Post a Comment