Tuesday 2 August 2022

CARA HILANGKAN KETAGIH GAJET

  
Masyarakat sekarang sudah jadi hamba gajet. Sepajang masa dan di mana-mana tidak lepas dari pelbagai jenis gajet. Dalam masjid, tak lekang dengan telefon bimbit. Di rumah, dalam tandas, malah hendak tidur juga berkepit dengan telefon bimbit. Selesai sembahyang, telefon bimbit terus dikeluarkan. Waktu berdiri dengan telefon bimbit, waktu duduk juga dengan telefon bimbit. Hatta sedang berjalan sekali pun, masih dengan telefon bimbit. 
 
Bukan kita mahu berzikir ketika berdiri tetapi memilih untuk menggunakan aplikasi WhatsApp, duduk serta berbaring. Raba ke sana ke mari mencari telefon bimbit. 
 
Kenapa kita sampai jadi hamba gajet seperti itu? Mahal atau bernilai sangatkah telefon bimbit sehingga mengacau dan mencemar ketenangan hati kita sehingga terbawa ke dalam masjid? 
 
Tidak salah guna kemudahan gejet, tetapi jangan sampai terganggu urusan lain. Isteri tidak masak kerana asyik berwhatsApp. Anak kelaparan, suami terpaksa makan nasi bungkus. 
 
Anak engkar suruhan ibu bapa kerana leka dengan pelbagai aplikasi di gajat. Semuanya menjadikan dunia semakin tidak teratur sistemnya. Ada yang memandu sambil menggunakan telefon bimbit biarpun tahu ia perbuatan bahaya dan boleh disaman.
 
Dihantar kementerian atau jabatan untuk bermesyuarat ke satu tempat sehingga ratusan kilometer, tetapi sepanjang mesyuarat telefon bimbit tetap sepanjang masa. 
 
Berjanji berjumpa kawan kononnya untuk silaturahim, tetapi masing-masing menyendiri dengan gajet masing-masing. Kalau dulunya cerita rakan-rakan akan membuatkan kita tersenyum dan gelak ketawa, tetapi sekarang tiba-tiba ketawa sorang-sorang kerana lihat video di gajet. 
 
Itu tidak masuk dalam soal menjadikan gejet sebagai medium menyebarkan fitnah melalui media sosial dan laman web. Banyak keburukan telah berlaku akibat fitnah di laman sosial. Kerajaan boleh jatuh disebabkan penyebaran berita di laman sosial. 
 
Apa sudah jadi? Gajet memberi kebaikan, tetapi jangan sampai jadi hamba atau hantu gajet. Gunakan secara berhemah dan bijak. 
 
Cara untuk menghilang ketagih gajet bergantung kepada kita sendiri. Berpada-padalah menggunakan apa-apa juga aplikasi yang ada. Utamakan apa yang penting berbanding menggunakan gajet sepanjang masa. 
 
Fikirkan bahawa anda masih boleh meneruskan kehidupan seperti biasa tanpa berdamding dengan gajet sepanjang masa. Ketika bersama-sama ahli keluarga dan rakan, utamakan mereka berbanding gajet. 
 
Selalu berada di luar rumah atau bangunan untuk menikmati pemandangan semula jadi. Ia bukan sahaja dapat menjauhkan ada daripada ketagih gajet, tetapi juga dapat mensegarkan minda dan memberi kebaikan kepada mata.

No comments:

Post a Comment