Fatwa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada
23 Jan 2006 telah membincangkan Hukum Sistem Jualan Langsung (MLM) Menurut
Islam.
Muzakarah telah memutuskan bahawa konsep, struktur dan undang-undang perniagaan
Multi Level Marketing (MLM) yang diluluskan Kerajaan adalah harus dan tidak
bercanggah dengan konsep perniagaan Islam.
Fatwa Negeri Sembilan:
Setelah meneliti setiap pandangan ahli
muzakarah dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri
Sembilan Bil. 06/2016-1437H yang bersidang pada 28 Julai 2016 bersamaan 23
Syawal 1437H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah
Fatwa Kebangsaan Kali Ke-72 berkenaan Hukum Sistem Jualan Langsung (MLM)
Menurut Islam dengan sighah seperti berikut:
-Muzakarah telah memutuskan bahawa konsep, struktur dan undang-undang
perniagaan Multi Level Marketing (MLM) yang diluluskan Kerajaan adalah harus
dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam.
- Sekiranya terdapat unsur-unsur Skim Piramid yang mengandungi unsur-unsur
penindasan dan penipuan dalam sistem jualan MLM maka hukumnya adalah
haram.
- Mana-mana orang yang ingin terlibat dengan perniagaan MLM ini hendaklah
merujuk kepada Garis Panduan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat
(Multi Level Marketing) Menurut Syariah. (Garis Panduan Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia Bilangan 1/2013).
No comments:
Post a Comment