Monday 22 August 2022

MENULIS KONGSI PENGALAMAN

  
Ada orang bertanya, masih adakah lagi orang ingin membaca? Sekarang orang lebih berminat melihat video untuk mendapat sesuatu maklumat. Boleh dilakukan dalam keadaan santai dan melihat secara langsung apa yang berlaku atau ingin disampaikan. 
 
Tentang perkara itu, tidak dinafikan semakin banyak orang ingin menonton video. Banyak aplikasi sekarang mengutamakan video. Katanya lebih mudah difahami atau terasa seperti berada di tempat kejadian. 
 
Kepada yang bertanya tentang masih adakah orang membaca, jawapannya ya... masa ada dan masih banyak orang gemar membaca. Salah seorng ada anda yang sedang membaca ini. 
 
Minat membaca tidak akan padam dan terhenti selagi ada orang menulis. Menulis dan membaca sangat rapat seperti kuku dengan kulir. Sama seperti aur dengan tebing. 
 
Jika anda ingin menulis, tulislah apa sahaja yang anda minat. Kongsi pengetahuan atau rasa hati anda dengan orang lain. Belajarlah menulis diri. 
 
Menulis adalah cara kita mengelakkan pembaziran pengetahuan dan pengalaman yang dikandung badan. Sekarang ini mudah untuk kita berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan menulis di media sosial. 
 
Mulakan sekarang, biarpun hanya beberapa ayat sebagai permulaan. Apabila telah biasa, kembangkan lagi dan lagi. 
 
Jangan biarkan pengalaman dan ilmu hanya tersimpan di dada. Ilmu mesti disebarkan. Pengalaman perlu dikongsi agar ia memberi manfaat kepada orang lain.

No comments:

Post a Comment