Thursday, 14 November 2019

PERTANDINGAN IKAN LAGA HIASAN


Ikan laga hiasan semakin mendapat tempat di kalangan peminatnya. Justeru, permintaan terhadap ikan laga hiasan turut meningkat apabila bilangan peminatnya juga semakin bertambah setiap masa.

Akibat permintaan yang semakin meningkat, ada peminat ikan laga hiasan yang menjadikan satu kerjaya memelihara dan memasarkan ikan laga hiasan.

Salah satu sebab permintaan ikan laga hiasan meningkat kerana adanya pihak yang menganjurkan pertandingan. Menjadi sifat menusia ingin yang terbaik, termasuk apa yang dimiliki.

Apabila ada pertandingan ikan laga hiasan, maka yang menjadi johan dan sebagainya akan menjadi perhatian pihak lain. Di sinilah berlaku tawar menawar untuk membelinya.

Harga seekor ikan laga hiasan kini mencecah harga puluhan ringgit dan ada yang ratusan dan ribuan ringgit seekor.

Kini wujud persatuan peringkat negeri yang menjadi penganjur pertandingan dan mengeratkan hubungan sesama ahli. Telah ada pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.  

Trend ini sudah pasti akan dapat mengembangkan lagi industri ikan laga hiasan ini selain dapat menyuntik semangat keusahawanan terutama dalam kalangan golongan belia.

Sebenarnya ikan Betta Malaysia berpotensi dipasarkan ke luar negara, malah, sudah ada penternak yang berjaya membuat jualan sehingga ke Jerman dan Itali, tetapi bukanlah dengan kuantiti yang besar kerana kebanyakannya dijual secara dalam talian dan menggunakan khidmat kurier.

Sektor ikan hiasan sememangnya industri perikanan yang penting dalam negara, selain pengeluaran akuakultur atau pendaratan ikan untuk makanan. Ini kerana sektor khusus untuk penggiat hobi ini telah berjaya mengeluarkan 325 juta ikan pada tahun 2017 sahaja.

No comments:

Post a Comment