Sunday, 30 January 2022

CARA KIRA INDEKS JISIM BADAN

  
Makan berlebihan, cenderung kepada makanan manis dan kurang riadah punca badan menjadi gemuk atau berat berlebihan. Berat badan lebih atau obesiti merupakan ancaman kesihatan utama kepada rakyat Malaysia. Seorang daripada tiga penduduk Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan. 
 
Seramai 8.5 juta penduduk Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan dengan 4.4 juta orang obes. Jumlah ini dijangka terus meningkat. 
 
Lazimnya berat badan diklasifikasikan kepada kurus/kurang berat, normal, berat lebih daripada normal dan obes berdasarkan indeks jisim badan (body mass index - BMI).  
 
Cara mengira BMI ialah berat (kilogram) dibahagi dengan ketinggian (meter) kali ketinggian (meter). 
 
Contoh pengiraan. Jika berat badan anda 65 kilogram dan ketinggian anda 1.70 meter. Cara kira ialah 65 dibahagi 1.7 dan dibahagi sekali lagi dengan 1.7. Jawapannya ialah 22.49. Carta BMI adalah seperti di bawah. 
 
-  Kurang daripada 18.4 - berat badan kurang atau kurus 
- 18.5 hingga 24.9 - berat badan normal atau idel 
- 25 hingga 29.9 - berat badan berlebihan 
- 30 hingga 34.9 – obesiti tahap 1 
- 35 hingga 39.9 – obesiti tahap 2 
- 40 dan ke atas – obesiti tahap 3

 

No comments:

Post a Comment