Friday, 27 November 2026

NAMA IKAN KUNYIT BANYAK SPESIES

 
Nama ikan kunyit merujuk kepada beberapa spesies ikan.

Ikan di dalam gambar adalah ikan kunyit seperti yang diberitahu oleh penjual. Namun, tidak pasti pula ia sama ada spesies ikan kunyit-kunyit (Lutjanus decussatus), ikan kunyit remong (Lutjanus vitta) atau ikan baronang kunyit (Siganus puellus).

Tetapi ikan ini bukan ikan kerai kunyit (Hypsibarbus wetmorei) yang merupakan spesies ikan sungai asli. Ikan kerai kunyit menyerupai ikan lampam tetapi memiliki sisik atau perut berwarna kekuningan hingga keemasan serta sirip yang menonjol warnanya.

Spesies ikan kunyit laut adalah keluarga jenahak yang banyak ditemui di perairan Malaysia.

Dikenali dengan nama ikan kunyit kerana mempunyai warna atau corak kekuningan pada badan, sisik, atau siripnya. Warna kekuningan merujuk kepada warna kunyit.

No comments:

Post a Comment