Wednesday, 6 August 2025

PROGRAM SUSU SEKOLAH

 
Program Susu Sekolah (PSS) telah diperkenalkan pada tahun 1983 sebagai tambahan kepada program Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Kedua-dua program tersebut diharap dapat memberi manfaat kepada murid yang layak mendapat dari segi dapat membekalkan nutrisi yang mencukupi dan pemakanan yang seimbang serta memupuk tabiat pemakanan yang baik supaya murid sihat dan sentiasa segar.
 
Program ini juga adalah untuk meningkatkan tahap pemakanan dan kesihatan di
kalangan murid-murid sekolah rendah bagi memastikan pertumbuhan fizikal,
mental dan kesihatan murid-murid sekolah rendah bertambah baik.
 
Setiap murid terpilih akan mendapat satu kotak susu pada setiap hari persekolahan.
 
PSS diberikan kepada semua murid warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga Tahun 6 di semua Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) yang memenuhi kriteria berikut:
- Pendapatan isi rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa; atau
- Semua murid yang bersekolah di Sekolah Orang Asli/ Penan; atau
- Semua Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang memegang Kad
Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM).
- Murid yang tinggal di asrama tidak layak menerima PSS.
 
Murid akan menerima susu kotak UHT (Ultra High Temperature) yang dibekalkan melalui sekolah.
 
Malagnya, ada pelajar yang tidak memanfaatkan susu yang diperoleh itu. Biarpun menerimanya, susu itu diberikan kepada rakan-rakan lain sama ada yang juga penerima PSS atau tidak. Itu dikira baik kerana mereka tidak membuangnya.
 
Baca catatan seorang ibu di FB.
 
Susu ini semua hasil pemberian kawan-kawan si Bella yang layak mendapat RMT pada hari ini.

"Ramai betul yang tidak mau ni susu umi. Entah kenapa... padahal sedap saja pun"
Sebagai anak yang tidak layak menerima bantuan susu, pemberian itu sangatlah bermakna.

Dulu Bella dan Amoi selalu cakap, "terliur betul tengok sorang dapat susu ooo umi". Naa... kali ini rezeki jangan ditolak..

Sebenarnya sudah dua minggu Bella selalu dapat susu pemberian kawan-kawan. Jumaat lepas, saya bagi dengan Farhan yang tinggal di asrama. Hari ini lagi banyak dia dapat.

Terima kasih kawan-kawan Bella sudi berkongsi rezeki dengan Bella. 
 

No comments:

Post a Comment