Allah SWT dengan jelas di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 221
menyatakan bahawa jangan menikahi wanita Musyrik sehingga dia beriman.
Wanita yang beriman adalah jauh
lebih baik daripada wanita Musyrik, meskipun wanita itu mempunyai gaya penarik
hebat.
Seseorang itu seharusnya tidak
akan menikahi pasangannya yang Musyrik sehingga lelaki atau wanita itu beriman
kepada Allah SWT.
Wanita yang beriman meskipun dia itu adalah seorang hamba atau
pembantu, namun wanita itu adalah jauh lebih baik daripada gadis Musyrik cantik
yang menarik perhatian.
Ibu bapa di negara berkenaan seakan
suka dan merelakan perkara tersebut dengan menyatakan anak gadisku berkahwin
dengan orang bukan Islam. Malah boleh tertawa. Apa yang telah terjadi dengan
masyarakat Islam di negara berkenaan?
Berharap suatu usaha pembaikan dapat dilakukan oleh masyarakat
Islam di negara itu. Seorang Islam sama
sekali tidak boleh mengahwini pasangan yang tidak memeluk agama Islam dan
beriman kepada Allah SWT.
Sekiranya pasangan itu beriman
biarpun tidak kaya atau tidak cantik, apa yang pasti dia pasti akan melangkah
masuk ke syurga.
Seorang pemuda Islam perlu
mengahwini wanita yang mukminah atau beriman kerana pasangannya itu adalah jauh
lebih baik dan berupaya membawa suaminya masuk ke syurga bersama.
Seorang lelaki perlu memilih
pasangannya yang muhsinah kerana Allah telah menyatakan bahawa isteri itu
adalah muhsinah iaitu benteng kepada syaitan.
Apa
yang berlaku di negara berkenaan kerana hebatnya serangan pemikiran meruntuhkan
kekuatan iman umat Islam. Pemikiran liberal dan plural tersebar hebat di negara
berkenaan.
Perkara itu berlaku bukan kerana
kurangnya ilmuan Islam di negara berkenaan, tetapi dasar pemerintahan yang
terbuka menyebabkan perkara itu berlaku.
Pemikiran sama sedang dilakukan
terhadap umat Islam di Malaysia. Namun, keadaan ini sukar disebabkan tindakan
tegas pihak berkuasa menggunakan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
Namun, tidak pula sejauh mana hal
itu dapat bertahan jika Malaysia diperintah oleh golongan yang cenderung kepada
amalan liberal dan plural.
Sebab itu, amat penting kerajaan sekarang
yang terbukti mempertahankan kedudukan Islam perlu dikekalkan.
No comments:
Post a Comment