Syukur rakyat Malaysia tidak menghadapi masalah kekurangan bekalan
makanan. Industri restoran atau kedai makan tidak menghadapi masalah
mendapatkan pelanggan.
Membuka restoran atau kedai makan antara peluang perniagaan
menguntungkan. Tidak kira awal bulan, tengah bulan mahupun hujung bulan, kedai
makan sentiasa penuh dengan pelanggan.
Rakyat Malaysia memang pentingkan citarasa. Sanggup pergi ke
tempat jauh semata-mata ingin pergi restoran yang menyajikan makanan pilihan.
Mereka sanggup menunggu lama untuk makan. Ada yang berbaris
panjang semata-mata untuk membeli sebungkus makanan yang disukai.
Kalau dikenakan bayaran sampai beratus-ratus untuk satu keluarga itu
telah dikira tidak 'mahal' demi menikmati hidangan disukai. Hebat kuasa dan
pengaruh makanan dalam hidup rakyat Malaysia.
Bagi yang belum mengidap penyakit berbahya, makan apa sahaja pun
tidak kisah. Namun, lain pula nasib mereka mengidap penyakit kronik yang perlu
jaga atau mengawal jenis atau kadar makanan dimakan.
Pun begitu, disebabkan selera makan yang sukar dikawal kerana
banyak jenis makanan yang sedap lagi enak, maka pantang larang dalam soal makan
tidak dikisahkan lagi.
Apa yang penting, makan dulu. Kesan akibat makan itu dikira semula.
Ada yang kata, ada ubat boleh dimakan untuk mengelak kesan buruk akibat tidak jaga
makan itu.
Rakyat Malaysia menderita sakit kerana lebih makan. Berbanding rakyat
di negara lain, mati kerana tidak makan.
No comments:
Post a Comment