Baginya, Malaysia walaupun sebuah negara yang mempunyai latar belakang penduduk berbilang kaum dan perbezaan anutan agama, namun dapat diurus dengan baik dan berkesan sehingga menghasilkan suasana makmur dan stabil sejak berabad lalu.
Pada November 2017, Kerajaan Arab Saudi melalui kelolaan Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan negara berkenaan menaja sepenuhnya satu seminar peringkat ASEAN yang dinamakan Khayr Ummah Conference 2017 yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Kerajaan Arab Saudi menaja pengelolaan seminar itu sebagai
menyokong usaha Malaysia mempromosikan konsep wasatiyyah atau kesederhanaan di
rantau ASEAN bagi membina penyatuan ummah secara sihat dan saling memperoleh
manfaat bersama.
Terbaru, Malaysia diajak berbincang bagi membantah keputusan Amerika
Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan meminta agar Perdana Menteri menghadiri
persidangan khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul kerana suara
Malaysia dianggap cukup penting dalam isu tersebut.
Malaysia berikrar akan membawa suara umat Islam seluruh Malaysia
menolak sebarang cadangan menggadai dan menghina Tanah Suci ketiga umat Islam
itu.
Ternyata, Malaysia semakin dihormati di mana pemimpin dan masyarakat
dunia. Pengiktirafan dunia luar terhadap Malaysia yang dianggap sebagai sebuah
negara Islam sederhana (moderate) tetapi progresif semakin terserlah.
Malaysia maju, makmur dalam kepelbagaian agama, budaya dan
keturunan. Malaysia mampu memaparkan kepada dunia Islam tentang cara dan bentuk
urus tadbir yang berkonsepkan konsensus, sederhana, inklusif serta adil dan
saksama.
Dan segala konsep atau pendekatan itu bertepatan pula dengan
maqasid syariah, iaitu mementingkan pemeliharaan terhadap agama, nyawa, akal,
harta dan keturunan.
Malaysia bersikap terbuka dan konsisten. Berkawan dengan siapa
sahaja. Negara ini tidak terikat dengan mana-mana negara kuasa besar dalam
jalinan kerjasama, baik dalam bidang ekonomi, sosial mahu pun politik.
No comments:
Post a Comment