Oleh kerana mengambil sikap ‘tidak mahu belajar" telah
menyebabkan umat Islam bukan sahaja merupakan kelompok pengguna yang terbesar,
bahkan tidak bersedia membina tamadun yang lebih besar sebagaimana telah
dimulakan oleh intelektual Islam terdahulu.
Kebanjiran konsep pengetahuan yang berasaskan sistem nilai Barat
telah menyebabkan ramai umat Islam hanya melihat konsep pendidikan itu hanyalah
sebagai suatu bentuk pelaburan ekonomi, dan bukannya sebagai benteng kekuatan
ummah.
Masalah ini telah menyebabkan tidak ramai umat Islam yang berani
menonjolkan diri sebagai pencipta teknologi dan pencetus inovasi bagi membantu
manusia hidup dengan lebih baik, aman dan harmoni.
Secara lazimnya pendidikan berlaku dalam dua keadaan, iaitu
pendidikan formal dan pendidikan tidak formal.
Pendidikan formal biasanya dilaksanakan secara bersistem termasuk
menerusi proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Manakala
pendidikan tidak formal berlaku di mana-mana sahaja, menerusi pembacaan,
pergaulan dan majlis-majlis ilmu.
Kita sebenarnya berpeluang luas untuk meneruskan pembelajaran
secara tidak formal. Apa
saja yang kita pelajari, itu adalah ilmu yang bemanfaat. Pun, janganlan kita belajar ilmu yang
membawa kepada keburukan dan melakukan maksiat.
Namun, bagi mereka yang ingin kepada kelulusan yang diiktiraf dan
diukur secara peperiksaan, sekarang ini peluangnya terbuka luas apabila banyak
institusi pengajian yang menawarkan pengajian separuh masa.
Universiti Terbuka Malaysia (Open University Malaysia) antara
pusat pengajian tinggi swasta yang membuka peluang pengajian separuh masa
kepada rakyat di seluruh.
OUM mempunyai pusat pembelajaran atau kampus cawangan di seluruh
negara. Bagi memudahkan pelajar, terdapat pusat pembelajaran melebihi
satu di sesebuah negeri.
Pengajian separuh masa membuka peluang kepada pekerja dan sesiapa
saja yang mempunyai kelulusan minima untuk mendaftar diri sebagai mahasiswa
peringkat diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD.
Bagi yang layak, biarpun belajar separuh masa, mereka boleh
meminjam dari Perbadanan Tabung Pengajain Tinggi Nasional (PTPTN).
Seharusnya peluang ini perlu direbut seluruh mereka yang mencintai
ilmu. Kita berbangga
apabila terdapat pelajar peringkat ijazah sarjana muda sedangkan usia mereka
telah mencecah 70 tahun. Bak
seperti kata pujangga, menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.
Apa yang dilakukan itu, insyaalah mendapat ganjaran yang besar di
sisi Allah.
No comments:
Post a Comment