DALIAN
(CHINA) : Seorang lelaki memutuskan untuk mengahwini mayat pasangannya ketika
upacara pengebumian wanita berkenaan diadakan, sebagai bukti cinta sejati.
Xu
Shinan, 35 yang patah hati apabila teman wanitanya meninggal dunia akibat barah
payu dara berharap, perkahwinan itu mampu menyempurnakan impian mendiang untuk
bergelar pengantin.
Pada
majlis itu, mayat Yang Liu, yang juga teman wanita Xu sejak 12 tahun lalu
dipakaikan gaun pengantin berwarna putih dan dikelilingi 169 jambangan ros
berwarna merah jambu, manakala Xu membacakan ikrar perkahwinan mereka.
Menurut
laporan media tempatan, acara istimewa itu diadakan pagi Sabtu lalu di sebuah
pusat pengebumian di Dalian, timur China.
Ia
disaksikan ahli keluarga dan rakan-rakan pasangan terbabit.
“Wahai
isteriku, janganlah kamu bimbang. Hidup tanpa kamu amat menyedihkan namun saya
tidak akan berputus asa,” kata Xu dalam ikrar untuk isterinya.
Yang
meninggal dunia pada 14 Oktober lalu ketika usia 34 tahun, selepas bertarung
dengan barah selama lima setengah tahun.
Menurut
Xu, beliau berada di sebelah mayat Yang selama 24 jam sehari sejak kematiannya,
iaitu ritual tradisi bagi masyarakat di China.
“Isteri
saya sebelum ini pernah berkata, tiada seorang pun dibenarkan menangis jika
beliau meninggal dunia. Saya berusaha menuruti permintaan itu tetapi hari ini,
apabila mayatnya dibakar, saya tidak mampu lagi menahan air mata,” katanya.
Kisah
cinta luar biasa pasangan berkenaan, yang mula berkenalan ketika menuntut di
universiti dipaparkan dalam laporan Dalian Evening News. - Agensi
No comments:
Post a Comment