Saturday 26 October 2019

CARA GUNA MESIN PENGGELEK GETAH KEPING

Mesin penggelek getah keping. Pada masa dahulu penoreh getah perlu menghasilkan getah keping sebelum dijual.

Susu getah yang ditoreh menitis berkumpul di dalam cawan. Susu getah akan dipungut dari satu pokok ke satu pokok dimasukkan ke dalam bekas besar atau baldi.

Susu getah yang dikumpul dibawa ke bangsal atau tempat khas untuk membekukan susu getah itu.

Susu getah dimasukkan ke dalam bekas acuan zink. Ia dicampur cuka getah (sejenis asid) dan dikacau. Cuka getah dicampurkan bertujuan mempercepatkan proses membekukan susu getah tersebut.

Lepas getah beku, ia dikeluarkan dan dilenyek. Untuk menjadikan ia lebih nipis, ia perlu melalui proses dimesin menggunakan mesin penggelek.

Ada 2 jenis mesin, iaitu mesin lurus dan berjalur. Mula-mula ia melalui proses menggunakan mesih lurus atau licin. Kepingan getah yang masih basah itu akan berulang kali dimasukkan ke dalam antara dua batang besi sehingga nipis.

Proses seterusnya ialah menggunakan mesin getah berjalur. Hasilnya getah keping tersebut berbentuk 4 segi lebar dan berjalur seperti bunga tayar kereta.

Untuk memudahkan memesin getah memerlukan dua orang. Seorang memegang getah, manakala seorang lagi akan memusing.

Akhirnya ia dikeringkan atau disalai dalam 3 hingga 4 hari. Setelah kering, getah boleh dijual. 

No comments:

Post a Comment