Pertubuhan
Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) mengalu-alukan kepulangan perantau menyambut Hari
Raya Aidilfitri di kampung halaman masing-masing di Kelantan.
Di
mana pun kita berada, tiba masanya pulang juga ke kampung halaman. Seperti
burung, sejauh manapun terbang tinggi, akhirnya akan pulang ke sarang.
Diharapkan
kepulangan perantau bukan sahaja mengembirakan ibu bapa, adik beradik dan ahli
keluarga, serta sahabat handai, tetapi juga golongan asnaf.
Di
Kelantan, masih banyak asnaf yang perlu dibantu. Justeru, PCAK memohon agar
perantau dapat bersama-sama membantu asnaf. Biarlah, setiap kali Hari Raya
Aidilfitri, menjadi detik gembira asnaf menanti kepulangan perantau.
PCAK
adalah NGO yang secara langsung menjalankan aktiviti membantu asnaf di Kelantan,
amat mengharapkan sokongan perantau yang rata-rata berjaya dalam bidang
masing-masing di luar Kelantan.
Bawalah
pulang rezeki yang diraih di luar Kelantan untuk dikongsi bersama dengan asnaf.
Berilah
peluang untuk asnaf senyum dan rasa satu kelegaan di hati menyambut kepulangan
perantau.
Anda
boleh menjadi sebagai sebahagian sahabat PCAK dengan menjadi penyumbang untuk
menjayakan program PCAK agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu.
Untuk
maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi PCAK, Fazliyaton Daud di talian
011-1941-3639.
Pihak
yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084
(MBSB).
Pertubuhan
Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021
No comments:
Post a Comment