Individu
di bawah pengaruh dadah jenis syabu tidak dapat berfikir secara waras dan mudah
hilang pertimbangan dan tidak takut dengan mana-mana pihak sehingga sanggup
membunuh.
Mereka lupa semua, jadi lebih berani buat apa-apa perkara tanpa fikir kesan
bahaya daripada tindakan dilakukan.
Syabu
adalah dadah yang popular masa kini. Ianya membelengu ramai anak muda yang
tidak menyangka kesan ketagihannya amatlah teruk sekali sehingga boleh
membuatkan mereka bertindak agrasif untuk mendapatkannya.
Harganya
yang mahal (100miligram lebih kurang RM50 ke RM70) membuatkan ramai penagih
syabu sanggup melibatkan diri dengan jenayah seperti ragut, rompak dan mencuri
untuk memenuhi kehendak mereka. Ada juga yang sanggup membunuh keluarga
sendiri.
Antara
tanda awal seseorang itu menghisap syabu ialah keyakinan diri yang tinggi.
Mereka akan menjadi sangat ramah, orang yang tidak kenal mereka pun boleh jadi
kawan untuk pertemuan kali pertama.
Anda mulakanlah bicara tentang apa-apa topik pun, pasti mereka juga sama arif
setanding dengan pengetahuan anda. Perasaan ceria dan gembira dicampur dengan
mulut yang ramah pasti membuatkan anda senang bersama mereka. Namun ianya hanya
untuk seketika.
Mereka
akan bertukar dari seorang yang ceria kepada orang yang sangat resah. Riak
wajah pun boleh terlihat seakan-akan ada seribu masalah menimpa mereka sekelip
mata. Dalam situasi ini, penagih akan berasa tidak selesa dan tidak senang.
Ada
juga tabiat rutin bergantung kepada individu. Ada sesetengah orang tu dia akan
mengetap gigi, ada sesetengah tu akan basuh muka kerapkali, ada sesetengah tu
mengesat-ngesat mata dan muka.
Hal-hal ini terjadi kerana muka mereka akan terasa sedikit kebas dan tabiat ini
akan berulang untuk mengurangkan perasaan kebas yang tidak menyelesakan
itu.
Pada
saat "kong" ini, emosi mereka akan jadi tidak stabil. Mereka boleh
mengamuk tak tentu pasal ataupun boleh jadi terlalu sedih secara
tiba-tiba.
Masa ini lah tiba-tiba keluar kisah cinta lama lah, sedih dengan masyarakat
lah, kawan-kawan aniaya dia lah dan bermacam-macam lagi cerita penuh emosi yang
akan keluar dari mulut mereka.
No comments:
Post a Comment