Pengunjung
ke Tawau tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke Pasar Tanjung. Pasar Tanjung terletak di Jalan Dunlop, berhampiran laut dan
bersebelahan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Tawau. Pasar Tanjung
merupakan pasar tertutup terbesar di Malaysia.
Antara yang menarik perhatian pengunjung di
Pasar Tanjung ialah kopi giling, selain ikan kering atau ikan masin yang cukup
terkenal menggamit pengunjung singgah di situ.
Kopi
giling merupakan yang antara yang ‘legend’ di Tawau. Banyak kedai kopi di Tawau
menggunakan kopi giling tempatan. Kopi giling Tawau menjadi sebutan ramai.
Kopi
giling yang dijual di Pasar Tanjung berada di tingkat bawah. Ada barisan gerai
yang khusus menjual kopi giling.
Kopi
giling tradisional ini dibungkus atau dimasukkan ke dalam plastik jernih
mengikut jenis dan berat. Pembeli boleh melihat mesin pengisar kopi di meja-meja
yang menjual kopi.
Pembeli
boleh memilih biji kopi yang menjadi kesukaan dan penjual akan mengisar
terlebih dulu biji kopi pilihan itu. Pastinya ia mengambil masa sedikit. Lebih
baik beli sahaja yang sudah siap diguling.
Bau
kopi giling ini memang berlainan dengan kopi biasa dijual di tempat lain. Keaslian
aroma kopinya memang menarik. Apabila dibacuh dengan air panas, pasti bau
aromanya lebih terserlah.
Jika
berkunjung ke Tawau, jangan lupa kopi gilingnya.
No comments:
Post a Comment