Monday 6 November 2023

MEMBENTUK NILAI INTEGRITI PEJAWAT AWAM

 
Integriti ialah ihsan yakni kesedaran seolah-oleh melihat Allah dengan mata hati iaitu berasa sentiasa dilihat oleh Allah SWT. Penjawat awam menggalas amanah memberi perkhidmatan terbaik kepada pemegang taruh dan rakyat. Sifat mahmudah tersebut melahirkan individu yang tulus kerana yakin setiap amalannya bakal dihitung hatta sebesar zarah.
 
Konsep integrasi yang lebih besar ialah ketepatan waktu dan penyampaian maklumat sahih serta pergaulan murni sesama rakan sekerja. Lawannya ialah sifat mazmumah iaitu pecah amanah atau khianat.
 
Aspek kepercayaan dan penghormatan yang lebih tinggi akan diberikan kepada para pegawai kerajaan yang pastinya lebih arif dan mahir mengenai selok-belok governan dan integiriti pengurusan pentadbiran kerajaan.
 
Amalan budaya kreatif dan kebolehan berfikir di luar kotak perlu digalakkan agar setiap warga perkhidmatan awam boleh mempertajamkan dan mengaplikasikan kebolehan mereka dalam bidang kepakaran masing-masing, sekali gus memperkukuh amalan budaya berintegriti.
 
Tuntutan rakyat terhadap pengurusan governan dan berintegriti harus menjadikan pengurusan penyampaian perkhidmatan awam negara bersatus kelas pertama bagi memenuhi aspirasi rakyat.
 
Dalam konteks kepimpinan yang berintegriti pada hari ini, kita boleh mencontohi kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh dan tenteranya yang berjaya menakluk Kota Konstantinopel.
 
Sebenarnya, antara faktor besar yang menyumbang kejayaan tersebut adalah kesepaduan nilai integriti kepimpinan dan nilai integriti sepasukan yang cukup kental.
 
Mesej itu masih relevan pada hari ini. Terdapat beberapa elemen penting yang dapat memperkukuhkan penghayatan dan pembudayaan nilai-nilai integriti dalam kehidupan kita iaitu penjawat awam hendaklah memantapkan pegangan hidup, iman dan menguatkan ketinggian sahsiah keperibadian bagi memastikan terus istiqamah dengan sifat-sifat mahmudah dan integriti dalam diri.
 
Rakyat hendaklah menekankan aspek asuhan dan pendidikan yang mempunyai nilai-nilai murni dan berintegriti bermula dari peringkat awal usia lagi dan penguatkuasaan undang-undang perlu terus dipergiatkan supaya masyarakat sedar akan kemudaratan pengabaian nilai-nilai integriti yang boleh mengancam keselamatan negara.

No comments:

Post a Comment