Kewujudan tanaman yang 'pelik' sama ada
dari segi tempoh matang, kadar penghasilan, bentuk pokok, hasil berbeza dan
pelbagai kelainan semakin bertambah jumlahnya. Antara penghasilan yang semakin
mendapat perhatian sekarang ialah jagung berwarna warni.
Asal-usul jagung ini dari Oklahoma. Carl
Barnes seorang petani yang telah menghasilkan jagung warna-warni ini. Jagung
ini merupakan hasil kacukan dari pelbagai jenis jagung yang telah wujud sebelum
ini.
Barnes mengumpulkan biji jagung dengan pelbagai jenis kemudian menanam di ladangnya sendiri. Jagung biji berwarna-warni yang merupakan hasil kacukan dari jagung pawnee, jagung osage berbiji merah, dan jagung osage berwarna kelabu.
Pokok jagung yang dihasilkan melalui kacukan tidak banyak bezanya dari segi fizikal dan penanamannya, kecuali hasil bijinya berwarna warni.
Jadi ia lebih sesuai untuk dijadikan popcorn dan tepung jagung. Mungkin selepas ini jagung ini akan melalui proses kacukan yang mana bijinya lebih sesuai untuk dimakan seperti jagung biasa.
No comments:
Post a Comment