Malaysia berusaha menjadi negara yang mampu
menyediakan perkhidmatan tren atau kenderaan berlandasan. Sekarang ini terdapat
sekurang-kurangnya enam jenis perkhidmatan tren beroperasi di Kuala Lumpur.
Secara ringkasnya, Sistem Transit Bersepadu
Lembah Klang terdiri daripada sistem kereta api berikut yang beroperasi dan
saling menghubungi iaitu KLIA Ekspres, KLIA Transit, MRT, LRT, KTM Komuter dan
KL Monorel. Pada masa ini terdapat 10 laluan kereta api yang beroperasi
sepenuhnya di Lembah Klang; iaitu 2 laluan kereta api komuter, 5 laluan rapid
transit, dan 2 laluan kereta api lapangan terbang (Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) & Lapangan Terbang Subang).
Menariknya, ada satu lokasi yang mana
dilalui oleh keenam-enam jenis tren ini secara selari ataupun bersilang. Jika
bernasib baik, anda dapat melihat lebih tiga jenis tren melalui lokasi itu pada
satu-satu masa. Lokasi tersebut terletak di Sungai Besi.
Rel paling atas adalah laluan MRT (Mass
Rapid Transit). Laluan tengah adalah LRT (Light Rail Transit). Laluan bawah sebelah
kiri adalah Komuter dan ETS (Electric Train Service). Manakala laluan bawah
sebelah kanan adalah KLIA Ekspress / KLIA Transit ERL (Express Rail Link).
No comments:
Post a Comment