Monday 18 December 2023

PUNCA KRISIS KELANTAN 1977

 
Sejarah krisis kepimpinan kerajaan  Kelantan 1977 yang diterajui PAS berlaku akibat fitnah di kalangan pemimpin PAS. Kerajaan Kelantan terbentuk melalui gabungan PAS-Perikatan pada 1 Januari 1973, sebelum BN ditubuhkan pada 1 Jun 1974. PAS adalah parti terawal menyertai BN ketika ia mula ditubuhkan.
 
Dalam portal PAS Pusat ada menyatakan bahawa ia bermula apabila timbulnya tidak puas hati PAS terhadap Menteri Besar ketika itu, Datuk Muhamed bin Nasir. Sehingga ada di antara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk Muhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN.
 
Hakikatnya pada ketika itu UMNO-BN tidak pernah campur tangan dalam corak pemerintahan PAS (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih memegang kuasa majoriti di Dewan Undangan Negeri.
 
Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS untuk menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu) Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda. Usaha menjatuhkan Asri hanya kerana dia adalah tokoh PAS yang bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.
 
Asas yang digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketiak itu) untuk menolak Asri dan Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dengan 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO.
 
Dalam tempoh (1973-1978) Asri selaku Presiden PAS dan Muhammad Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan PAS di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli-ahli PAS yang tidak berpuas hati dengan perpaduan PAS-UMNO.
 
Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh pucuk pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.
 
Sementara Asri mula ditendang keluar oleh pucuk pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan PAS antaranya Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Asri akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.
 
Krisis kepimipinan PAS Kelantan 1977 ini yang membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978. Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yang dibuat oleh PAS Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dengan alasan yang diberi oleh PAS Kelantan itu dengan mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS.
 
Tumbangnya Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah menyebabkn berlakulah rusuhan yang dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.
 
Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn di dalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku perdana menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan di Kelantan mungkin akan merebak ke negeri-negeri lain, dan mengengkang rusuhan seperti peristiwa 13 Mei berulang.
 
Pada November 1977, Parlimen Persekutuan meluluskan Rang Undang-undang Darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat. Rang Undang-undang Darurat Kelantan dirangka bersama-sama menteri-menteri PAS yang ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah menteri dan diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dr kalangan ahli Parlimen PAS sendiri.
 
Setelah Kelantan di bawah Darurat. Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat yang dari awal begitu lantang menetang gabungan PAS-BN.
 
Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timbalan Yang DiPertua Agung PAS dijadikan kambing hitam PAS apabila beliau dipecat oleh Asri yang kononnya beliau menjadi ketua kepada menteri dan ahli Parlimen PAS yang menyokong Rang Undang-undang Darurat.
 
Malah beberapa pimpinan Pas yang menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menetang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yang dilakukan BN di Kelantan.
 
Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yang mengabungkan PAS-UMNO. Rentetan dari itu juga menyebabkan krisis dalaman PAS yang kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.
 
Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan diadakan pada Mac 1978. Pada PRK Mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekong yang selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan PAS di antaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan.
 
SUMBER  

Kronologi sejarah PAS dipecat daripada Barisan Nasional

Sejarah pemecatan PAS daripada Barisan Nasional pada 1977

No comments:

Post a Comment