Saturday, 28 November 2026

KUIH BELEBAT UBI STELO

 
Kuih belebat ubi stelo.

Kuih ini sejenis kuih tradisional Melayu yang sangat popular di negeri Kelantan. Dinamakan belebat ubi stelo ialah kerana satu daripada bahan membuatnya adalah ubi stelo mengikut dialek Kelantan atau ubi keledek dalam bahasa Melayu baku.

Bahan lain untuk menghasilkan belebat ubi stelo ialah tepung beras, santan, bula dan sedikit garam. Pembungkusnya adalah daun pisang.

Bahan yang dimasak itu menghasilkan rasa lemak, manis, dan beraroma wangi daripada daun pisang yang digunakan untuk membalutnya.

Tekstur kuih ini lembut dan padat dengan ketulan ubi yang nyata.

Cara bungkus kuih belebat ubi stelo adalah sama seperti membungkus pulut inti. Bahagian atas tidak tertutup sepenuhnya dan menampakkan adunan tepung beras bersama dengan ubi stelo berpadu.

Penampakan kandungan tersebut menarik minat penggemar untuk membelinya. Nampak comel dan menarik.

No comments:

Post a Comment