Saturday, 28 November 2026

KEUNTUNGAN BERNIAGA BUAH

 
Keuntungan berniaga buah.

Berniaga buah menawarkan peluang pendapatan yang fleksibel dengan modal permulaan yang boleh disesuaikan mengikut bajet.

Di Malaysia, permintaan terhadap buah-buahan segar, buah potong, serta produk sampingan seperti rojak atau kuah sentiasa ada sepanjang tahun.

Modal permulaan berniaga buah amat fleksibel: Perniagaan ini boleh dimula secara kecil-kecilan mengikut kemampuan modal sebelum berkembang ke skala lebih besar.

Boleh dijalankan di gerai tepi jalan, pasar malam, kedai buah potong, atau secara borong.

Permintaan terhadap buah-buahan berterusan sepanjang tahun. Buah ialah makanan harian dan kudapan sihat yang dicari oleh pelbagai golongan pelanggan.

Perniagaan menjaul buah boleh membantu menyokong ekonomi setempat. Peniaga boleh memasarkan buah tempatan membantu meluaskan pasaran petani dan pekebun tempatan.

Perniagaan buah memang meriah dan mendapat sambutan ketika musim buah-buahan. Biarpun tempoh buah gugur atau masak hanya singkat dalam setahun, tetapi perniagaan buah-buahan tempatan mampu menjana pendapatan lumayan.

Ketika di luar musim buah tempatan, peniaga boleh memasarkan buah-buah import, selain buah-buahan tempatan yang tidak bermusim seperti pisang dan betik.

Gambar sekadar hiasan. 

No comments:

Post a Comment