Friday, 27 November 2026

MELAKUKAN PERKARA MENGIMBAU KENANGAN

 
Melakukan perkara mengimbau kenangan.

Kehidupan kita berubah daripada masa lalu. Banyak perkara yang dilakukan semasa kecil atau remaja tidak lagi wujud atau jarang berpeluang untuk dilakukan.

Menahan taut atau tahan taut satu perkara yang kerap dilakukan dahulu, tetapi kurang dilakukan sekarang ini.

Tahan taut satu kaedah menangkap ikan tradisional menggunakan batang lentur yang dicucuk di tebing bersama tali dan mata kail berumpan.

Batang taut biasanya diperbuat daripada jenis buluh betung atau buluh minyak tua yang telah dikeringkan dan diraut kecil, tetapi kukuh.

Taut biasanya ditahan pada waktu malam kerana ikan air tawar seperti haruan dan keli biasanya mencari makan di kawasan tebing atau tepi pada waktu malam.

Melakukan aktiviti yang dapat mengimbau kenangan manis memberikan pelbagai manfaat psikologi dan emosi kepada diri seseorang:

Perbuatan itu mengingat kembali detik indah bersama keluarga atau rakan membantu anda berasa lebih dihargai dan disayangi, sekali gus mengurangkan rasa terasing.

Tindakan itu dapat meningkatkan emosi positif apabila kenangan yang menyeronokkan dapat mencetuskan rasa gembira, syukur, dan tenang, terutamanya ketika anda sedang tertekan atau bersedih.

Melakukan sesuatu yang dapat mengingat semula apa yang pernah dilakukan dahulu dapat meningkatkan keyakinan diri untuk menghadapi masa hadapan kerana kita akan berkata bahawa kalau dahulu kita mampu melakukan, maka kini juga dapat melakukan sesuatu yang lebih hebat lagi.

Aktiviti tersebut dapat mengeratkan hubungan sosial apabila berkongsi cerita lama bersama rakan atau ahli keluarga mampu menghidupkan suasana dan mengukuhkan lagi ikatan silaturahim.

Proses mengingat kembali peristiwa masa lalu membantu mengekalkan ketajaman memori dan mengaktifkan fungsi otak, terutamanya bagi golongan warga emas.

Jom lakukan semua apa yang pernah dilakukan dan dilalui dahulu. Kita hari ini adalah bermula dengan kita pada masa dahulu. 

No comments:

Post a Comment