Friday, 27 November 2026

UTAMAKAN MAKANAN SEGAR

 
Utamakan makanan segar.

Di negara kita banyak sumber makanan. Banyak pilihan daripada sumber semula jadi mahupun yang diproses.

Sepatutnya kita mengutamakan makanan segar membantu mengekalkan nutrien semula jadi, menyokong tenaga yang stabil, serta mengurangkan pengambilan garam, gula, dan lemak berlebihan daripada makanan ultraproses.

Makanan segar mengandungi kandungan nutrisi lebih tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, dan protein segar mengekalkan vitamin, mineral, dan serat dengan lebih baik.

Selain segar dan kaya nutrisi, makanan segar semula jadi rasa lebih sedap dan semula jadi. Ia tidak terdedah kepada pengawet, pewarna, atau perasa tiruan serta paras natrium dan gula yang tinggi.

Bahan mentah segar yang disimpan dengan betul mengurangkan risiko kerosakan atau pencemaran makanan. Masa membeli, pilih sayur dan buah tidak layu, lebam, atau berbau; pilih ikan dengan mata jernih dan insang merah cerah, serta ayam atau daging yang pejal dan tidak berlendir.

Banyakkan makanan segar dan gantikan snek terproses: Jadikan buah segar sebagai snek harian berbanding makanan ringan tinggi gula atau garam.

Pilih makanan segar bermakna anda memilih untuk sihat. 

No comments:

Post a Comment