Saturday, 28 November 2026

PERLU PEMINDAHAN DARAH SELAMATKAN NYAWA

 
Perlu pemindahan darah selamatkan nyawa.

Individu yang kehilangan darah sebanyak 1.5 hingga 2 liter akibat kemalangan, pendarahan dalaman, bersalin, pengeluaran darah haid berlebihan, ulser perut atau pembedahan perlukan pemindahan darah untuk menyelamat nyawa atau membantu fungsi organ badan.

Secara amnya, pemindahan darah mula diperlukan apabila seseorang kehilangan sekitar 30% atau lebih daripada jumlah keseluruhan darahnya, iaitu bersamaan lebih kurang 3 hingga 4 pain (1.5 hingga 2 liter) bagi individu dewasa yang sihat.

Pemindahan darah bermaksud darah daripada individu yang sihat dan bebas penyakit diambil melalui proses yang dinamakan menderma darah.

Darah tersebut setelah melalui pemeriksaan bebas penyakit dan beberapa prosedur tertentu, akan dimasukkan ke dalam badan mangsa yang memerlukan darah tersebut.

Kuantiti darah yang didermakan atau diambil daripada badan penderma adalah sekitar 350 ml, bergantung kepada berat badan penderma.

Jumlah yang diambil itu tidak mendatangkan bahaya atau mengurangkan fungsi darah dalam badan.

Kepada yang sihat dan layak menderma darah, tampillah sebagai penderma darah sebagai tanda anda bersyukur dengan tahap kesihatan yang dimiliki.

Tindakan anda dapat membantu menyelamatkan nyawa mereka yang amat memerlukan pemindahan darah.

Gambar sekadar hiasan. 



No comments:

Post a Comment