Saturday, 8 February 2025

GARAM BAIK DIJADIKAN BAJA KELAPA

 
Baja garam pada tanaman kelapa (Cocos nucifera) mampu meningkatkan hasil kelapa dengan lebih tinggi. Amalan agronomi memberikan baja garam (NaCl) atau Salt (Sodium Chloride) atau garam biasa atau garam bukit merupakan tindakan praktikal dalam tingkatkan hasil pokok kelapa.
 
Garam biasa merupakan jenis “baja” yang paling murah di pasaran yang mampu meningkatkan hasil kelapa.
 
Di antara beberapa kebaikan penggunaan baja garam pada pokok kelapa adalah mempercepatkan kadar pertumbuhan pokok kelapa, meningkatkan bilangan biji kelapa dan berat biji kelapa, mengurangkan serangan kerosakan bintik daun dan mesra alam sekitar.
 
Penggunaan garam banyak digunakan oleh penanam kelapa di Filipina dan Indonesia, duna negara pengeluar utama kelapa di Asia Tenggara.
 
Cara penggunaan baja garam boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu tabur terus, tabur dan dicakar dan bubuh di dalam lubang.
 
Cara beri baja garam dengan tabur terus sesuai dilakukan di kawasan tanah rata atau bercerun sedikit. Bagi kawasan yang tanah dalam cara ditabur garam di atasnya dan dicakar sedalam 2-3 inci. Cara bubuh garam dalam lubang sedalam 3-5 inci dengan jarak lubang setiap 8 - 10 inci amat sesuai dikawasan tanah bercerun atau berbukit curam.
 
Masa menabur garam, letakkan di atas tanah pangkal kelapa seluar 1 meter garis pusat di kawasan tiada rumput (dibersihkan dulu). Pada umur pokok kelapa di tapak semaian 6-8 bulan sebanyak 60-70 gram sepokok sesuai diberikan dalam 2 kali setahun. Sebaiknya pemberian baja garam adalah pada awal musim hujan untuk kesan yang optimum. 
 
Lazimnya kesan baja garam di nuseri akan memberi kesan kepada pembesaran batang semaian kelapa dan ketinggian kelapa disemaian. Pemberian baja garam musim hujan perlu dilakukan dan elakkan diberikan pada musim panas serta keadaan kering di sekelilingnya.
 
Secara umumnya kadar paling sesuai dilakukan dengan memberi baja garam pada kadar 1.5 kg NaCl/pokok/tahun untuk meningkatkan hasil kopra dan penghasilan buah kelapa setiap pokok.
 
Kadar ini dikatakan paling ekonomik dari segi aplikasi dengan dijadualkan pemberiannya berperingkat-peringkat agar tidak banyak kesan larut resap k edalam tanah. Aplikasi dengan kadar sedikit tetapi kerap adlah paling berkesan.

No comments:

Post a Comment