Friday, 21 February 2025

LOKOMOTIF KELAS 23 KTM

 
Kepala kereta api (lokomotif) diesel elektrik Kelas 23 mula memasuki senarai aset Keretapi Tanah Melayu (KTM) pada 1983 sebanyak 15 buah. Lokomotif Kelas 23 dibina oleh syarikat Hitachi, Jepun.    
 
Dengan kuasa 2160 kuasa kuda, lokomotif ini mampu bergerak dengan kelajuan maksima 110 km/j.
 
Perkhidmatan pertama yang menggunakan lokomotif Kelas 23 ialah Ekspres Sinaran. Ia turut digunakan untuk membawa tren barang di laluan Pantai Barat. Ia mula digunakan di laluan Pantai Timur untuk tren penumpang pada 2010.
 
Pengenalan lokomotif Kelas 23, selain penggunaan angka 23 diikuti tiga angka jujukan, ia dikenali dengan nama-nama bersempena sikap positif serta intergriti.  
 
Nombor siri dan nama lokomotif Kelas 23 KTM adalah:
- 23101 Amanah
- 23102 Bijak
- 23103 Berani
- 23104 Bersih
- 23105 Cekap
- 23106 Gagah
- 23107 Handal
- 23108 Hormat
- 23109 Ikhlas
- 23110 Jujur
- 23111 Maju
- 23112 Panduan
- 23113 Pantas
- 23114 Sedia
- 23115 Setia
 
Lokomotif ini masih digunakan dalam perkhidmatan KTM.



No comments:

Post a Comment