Wednesday, 5 March 2025

PROJEK LANDASAN BERKEMBAR ELEKTRIK GEMAS-JB

 
Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) Gemas-Johor Bahru dibina sebagai kesinambungan kepada jajaran landasan berkembar elektrik sedia ada di Malaysia. Jajaran sepanjang 193 kilometer ini akan melengkapkan jaringan landasan berkembar elektrik dari utara (Perlis) ke selatan Semenanjung Malaysia (Johor Bahru) bagi memenuhi keperluan pembangunan infrastruktur sektor pengangkutan kereta api.
 
Projek itu memberi kemudahan perkhidmatan perdagangan di antara Kuala Lumpur dengan Johor Bahru, menjadikan ia sebagai pemangkin utama untuk meningkatkan saling hubung dan memacu pertumbuhan ekonomi di rantau ini.
 
Infrastruktur ini akan membantu merangsang pembangunan ekonomi Malaysia dan mengukuhkan kedudukan ia sebagai hab ekonomi serantau, menarik pelaburan dan meningkatkan daya tahan ekonomi secara keseluruhan.
 
PLBE ialah projek perkhidmatan landasan kereta api elektrik sepanjang 192 kilometer meliputi empat daerah utama di Johor, iaitu Segamat, Kluang, Kulai dan Johor Bahru. Ia akan mengurangkan masa perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur kepada empat setengah jam berbanding tujuh jam sebelum ini.
 
PLBE membolehkan Perkhidmatan Kereta Api  Elektrik (ETS) sektor selatan dapat disediakan yang mampu membawa antara 300 hingga 500 penumpang dalam satu-satu masa, selain mampu memendekkan tempoh perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur selama tiga jam 30 minit berbanding mod kenderaan pengangkutan awam biasa.
 
Pembinaan projek bernilai RM9.5 ini diterajui oleh konsortium CRCC-CREC-CCCC dari China, pakar dalam projek infrastruktur berskala besar, dengan syarikat tempatan SIPP-YTL berperanan sebagai subkontraktor. Projek ini, yang bermula pada 2017, menghadapi pelbagai cabaran, termasuk gangguan pandemik COVID-19 dan isu pengambilan tanah.
 
PLBE akan menyediakan kapasiti yang lebih besar untuk pengangkutan kargo, khususnya antara Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Projek ini juga dijangka menarik sehingga 3,000 penumpang harian di laluan Johor Bahru-Kuala Lumpur, menjadikannya satu pencapaian penting dalam rangkaian pengangkutan kereta api negara.
 
Dengan penyiapan projek ini, Malaysia berharap dapat meningkatkan kecekapan pengangkutan kereta api, mengurangkan kesesakan jalan raya, serta menyediakan alternatif pengangkutan yang lebih mesra alam dan efisien bagi penduduk di Pantai Barat.
 

No comments:

Post a Comment