Tuesday, 25 March 2025

STESEN KERETA API PADANG BESAR

 
Stesen Kereta Api Padang Besar, Perlis merupakan stesen paling utara dalam laluan landasan kereta api pantai barat.  Stesen ini memainkan peranan penting sebagai titik perhubungan perkhidmatan kereta api antara Malaysia dan Thailand.
 
Selain menjadi hentian untuk perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Komuter Utara dan ETS, ia juga menyediakan perkhidmatan antarabangsa ke Hat Yai, Thailand yang dikendalikan oleh Kereta Api Negara Thailand (SRT - State Railway of Thailand)
 
Penumpang boleh mendapatkan tiket kereta apai SRT di kaunter tiket yang terdapat di Stesen Padang Besar. Stesen ini juga terdapat kemudahan imigresen untuk perjalanan rentas sempadan negara.
 
Walaupun berada di Malaysia stesen ini adalah tempat perkhidmatan kereta api Malaysia dan Thailand berakhir dan bertemu, membolehkan penumpang berpindah antara dua sistem kereta api.
 
Stesen ini juga menjadi pelabuhan darat bagi bahagian utara Malaysia dan Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia–Malaysia–Thailand.

No comments:

Post a Comment