Buat
lawak atau jenaka adalah terapi jiwa. Kita tidak boleh selamanya dalam keadaan
serius atau tertekan. Keadaan tersebut boleh menyebabkan penyakit jiwa.
Namun,
hendaklah kita bersederhana dalam berjenaka. Jangan kerana jenaka membawa duka.
Jaga tutur kata dan perbuatan ketika berjenaka agar tidak menyinggung perasaan
pihak lain.
Satu
perkara yang perlu diberi perhatian ketika berjenaka ialah tidak menyentuh soal
peribadi orang lain. Sesuatu yang menyentuh peribadi adalah hak empunya diri
yang tidak boleh dijadikan bahan gurauan.
Biasanya,
kita sering menjadikan keadaan fizikal seseorang bahan jenaka. Malah, gelaran
seperti botak, gemuk, hitam dan pendek sering dijadikan bahan jenaka.
Panggilan
itu sebenarnya satu penghinaan kepada orang ditujukan gelaran itu. Perbuatan
itu samalah seperti mengumpat.
Satu
lagi pengajaran yang boleh kita ambil daripada jenaka Nabi Muhammad ialah tidak
ketawa dengan kuat. Biasanya baginda memberi respon kepada jenaka dengan cara
tersenyum yang sedikit menampakkan gigi.
Ketawa
mengilai dengan suara kuat menampakkan sikap kurang sopan. Kita perlu ingat,
dalam kita sedang ketawa, mungkin ada insan lain yang berada bersama-sama kita
sebenarnya sedang berdepan dengan kemurungan.
Ketawa
yang sudah sampai ke tahap berlebihan, maka ia lebih mengundang perkara negatif
daripada yang positif. Wajah orang yang sering ketawa berlebih-lebihan biasanya
nampak muram jika tidak ada sebarang jenaka pada masa itu. Hidupnya penuh
dengan kepura-puraan.
Justeru,
simpanlah dalam hati sedikit rasa ketawa untuk digunakan ketika berdepan dengan
kedukaan. Ketawa yang berpada-pada mengingatkan kita tentang masa lain yang
mungkin kita berdepan dengan kedukaan.
Jenaka
dan ketawa yang sederhana juga dapat mengelak daripada hati menjadi mati. Hati
akan sentiasa tenang untuk berdepan dengan apa jua keadaan sama ada gembira
maupun duka.
Rasulullah
bersabda yang bermaksud: "Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak
ketawa itu mematikan hati." (Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi).
No comments:
Post a Comment