Saturday, 10 December 2022

SEBAB APA PENGIKTIRAFAN UEC DIBANTAH

 
Unified Examination Certificate atau singkatannya UEC adalah sijil bagi pelajar lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC). UEC merupakan ujian peperiksaan menengah yang ditadbir oleh Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) sejak tahun 1975. SMPC menerima pelajar daripada pelbagai kaum dan agama termasuk pelajar Melayu.

Isu utama mengenai UEC sebenarnya melibatkan aspek pembangunan jati diri rakyat Malaysia dan sejauh mana lepasan UEC memenuhi aspirasi dan falsafah pendidikan Kebangsaan termasuk keupayaan Bahasa Melayu, kefahaman terhadap sejarah dan semangat patriotisme Malaysia.
 
Berikut adalah beberapa kegusaran masyarakat awam yang dipetik maksudnya daripada beberapa diskusi umum termasuk di saluran media sosial:
- Melanggar peruntukan Akta Pendidikan 1996 (Akta 55) yang menetapkan SMPC dan UEC sebagai status quo
- Sekolah Persendirian Cina gagal menghasilkan murid yang mampu memperlihatkan jati diri nasional yang kental
- Gagal mendokong konsep pembudayaan Melayu sebagai budaya teras dalam pembinaan Malaysia sepertimana yang telah dipersetujui dalam kontrak sosial termasuk penekanan terhadap Bahasa Melayu.
- Lepasan sekolah Cina hanya mampu berbahasa Mandarin dan mempamerkan jati diri etnik Cina, bukannya jati diri kebangsaan
- Tidak fasih berbahasa Melayu selepas menjadi warganegara. Mereka seperti orang asing di negara ini
- Mencabar kedudukan Bahasa Melayu (BM) sebagai Bahasa Kebangsaan dengan wujudnya sebahagian rakyat yang tidak menguasai BM seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan
- Jika UEC diiktiraf, sijil-sijil lain seperti A-Level, Baccalaureate dan seumpamanya juga akan menyusul diiktiraf dan akhirnya menjadikan sistem pendidikan kita cacamarba
- Melahirkan generasi Cina yang akan datang yang berbeza aspirasi dan jati diri daripada kaum lain, yang mengekang pemupukan perpaduan sebenar
- Menjadikan SMPC lebih popular dan mendapat sambutan lantas menurunkan bilangan kemasukan murid Cina ke SMK dan SMJKC.”
9.10. “Tidak adil kepada ibu bapa yang selama ini telah setia memilih sistem pendidikan SMK/SMJKC
- Pengiktirafan akan menjadikan sistem pendidikan di SMPC seperti sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan 
- Boleh mewujudkan dwi-sistem pendidikan yang saling bertentangan dari segi falsafah dan aspirasi

 

No comments:

Post a Comment