Perkara ditekankan golongan itu ialah parti orang Islam tidak boleh bergabung dengan mana-mana parti politik orang kafir. Begitu juga, haram memilih calon pemimpin terdiri orang kafir sebagai wakil rakyat.
Manakala terdapat kumpulan ekstrem
pula berpegang kepada fahaman bahawa orang kafir wajib diperangi. Jadi, halal
membunuh orang bukan Islam di negara kita. Harta orang bukan boleh dirampas dan
dijadikan harta rampasan seperti rampasan perang yang berlaku pada zaman
Rasulullah.
Malah, mereka berpendapat tempat ibadat orang kafir mesti dihapuskan sama sekali. Kilang arak pula mesti dirobohkan. Di negara Islam mesti hanya ada masjid dan orang kafir yang ‘takut’ kepada orang Islam.

Itulah antara fahaman salah yang
pernah dijadikan kepercayaan golongan tertentu di negara kita terhadap orang
kafir, tetapi, sekarang ini sudah banya berubah. Jika diteliti punca fahaman
itu, rasanya bukan kerana jahil atau tidak tahu hukum agama. Sebaliknya ia lebih
kepada satu alat yang digunakan untuk mendapat mempengaruhi orang jahil untuk
mendapat kuasa.
Malah, orang kafir di negara kita kini mendapat hak yang lebih istimewa daripada golongan yang dulunya mengatakan haram berkerjasama dengan orang kafir.
Malah, orang kafir di negara kita kini mendapat hak yang lebih istimewa daripada golongan yang dulunya mengatakan haram berkerjasama dengan orang kafir.
Kita kena faham kedudukan orang
kafir atau bukan Islam dalam sebuah negara Islam. Ini penting difahami rakyat
di negara kita yang mempunyai rakyat berbilang agama. Jangan disebabkan
kejahilan kita hidup dalam perpecahan, saling mencurigai dan dendam sehingga
berlaku permusuhan kaum di negara kita.
Mengikut peraturan agama, orang
bukan Islam yang tinggal di dalam negara Islam dan mengaku patuh kepada
pemerintah negara Islam dipanggil kafir zimmi. Keadaan ini berlaku sejak zaman
Rasulullah memerintah di Madinah lagi.
Jadi, ia bukan perkara baru dan telah ada panduan amalan yang boleh dijadikan ikutan dalam menguruskan perkara itu. Jadi, mana-mana pihak yang buat tidak faham mengenainya sebenarnya sengaja tidak mahu mematuhi apa yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam.

Kafir zimmi mendapat hak dan
keistimewaan sebagai rakyat sepertimana dinikmati orang Islam. Perbezaan mereka
dengan rakyat beragama Islam hanyalah dalam soal akidah. Sedangkan dalam hal berkaitan hak sebagai
warganegara adalah tidak ada bezanya dengan warganegara beragama Islam.
Inilah keadilan dalam Islam yang
mementingkan kehidupan selamat dan sejahtera kepada seluruh manusia. Soal
akidah adalah antara individu yang berkenaan dengan Allah.
Sedangkan soal hubungan sesama manusia, adalah urusan sesama manusia yang telah ditetapkan bentuk hubungan yang perlu dipatuhi bagi memastikan hubungan berjalan dengan lancar tanpa menimbulkan ketegangan.

Sesungguhnya, Islam tidak menindas
mana-mana penganut agama lain biarkan ketika berkuasa dan kuat. Keamanan yang
terkandung dalam ajaran Islam adalah milik manusia sejagat sepertimana yang
ditetapkan dan perakuan Islam terhadap orang kafir.
No comments:
Post a Comment