Saturday, 14 July 2018

KEBAIKAN KHASIAT BUAH NENAS BATU

Gambar pokok nenas batu ditanam dalam pasu. Mengikut pemiliknya, buah nenas batu dari pokok ini baru dipetik. Pokok nenas nenas batu yang ditanam dalam pasu memang kecil. Pokok nanas batu hanyalah sebagai tanaman hiasan yang dapat menyerikan kawasan halaman rumah. Selain dipanggil pokok nanas batu, ia juga disebut sebagai pokok nanas hiasan. Pokok nanas batu boleh ditanam di atas tanah seperti nanas biasa dan sesuai juga ditanam di dalam pasu kerana pokoknya tidaklah begitu besar.

Bentuk pokok nanas batu sama sahaja seperti nanas biasa yang ditanam sebagai tanaman buah-buahan. Daunnya lebih kecil, panjang, runcing dan penuh dengan duri. Anak benihnya juga mempunyai daun yang keras serta banyak duri sehingga menyukarkan kita untuk memegangnya.

Pokok nanas batu boleh dibiakkan melalui sulur anak yang keluar dari rumpunnya. Selain itu  jambul buah dan sulur pangkal buah juga boleh digunakan sebagai anak benih. Buah nanas batu hanyalah sebesar telur ayam dan agak keras apabila matang. Ia mempunyai tangkai buah yang agak panjang. Buahnya berwarna kemerahan semasa muda dan menjadi lebih cerah apabila matang.

Buah nenas batu dikatakan kaya khasiat. Antara kebaikan khasiat buah nenas batu ialah:
- Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus menjadikan ibu-ibu awet muda.
- Boleh jadikan ubat untuk menjarangkan anak.
- Melawaskan kencing dan mengelakkan sakit batu karang serta buah pinggang.
- Membantu melancarkan pembuangan angin.
- Membantu ibu-ibu yang bakal menopause.
- Dikatakan mampu mengubati penyakit buasir.
- Merendahkan paras kolesterol dalam darah.
- Membuang toksin dalam badan.
- Melancarkan perjalanan darah.
- Mencantikkan bentuk badan.
- Menegangkan kulit.

No comments:

Post a Comment