Apa dimaksudkan perlu matang? Adakah
matang dikaitkan dengan usia semata-mata? Berapakah usia paling sesuai untuk
seseorang itu berkahwin? Umur perkahwinan sering didebatkan atau menjadi
polimik terutama apabila ada kes perkahwinan melibatkan pasangan muda sama ada
kedua-dua muda atau salah seorang masih muda.
Tidak dinafikan Islam memberikan hak
kepada wali menentukan perkahwinan anak perempuan. Namun, di bawah Enakmen
Keluarga Islam, usia minimum perkahwinan bagi lelaki ialah 18 tahun dan
perempuan (16). Bagi perkahwinan di bawah umur, pasangan perlu mendapatkan
kebenaran mahkamah dan persetujuan ibu bapa.
Persoalannya, adakah wajar pihak
berkuasa agama campur tangan dalam penentuan had umur? Bukankah Islam
memberikan kebebasan kepada Muslim yang akil baligh tanpa mengira had umur dan
pada masa sama, wali juga mempunyai kuasa mutlak dalam penentuan perkahwinan
anak perempuannya?
Tidak ada satu ayat Quran dengan jelas menjelaskan umur
minima lelaki mahupun perempuan untuk berkahwin. Dalam ayat al-Quran hanya
disebut ‘balagh an nikah’ atau ‘cukup umur untuk berkahwin’ seperti dalam surah
an Nisa ayat 6 yang bermaksud: “Dan ujilah anak yatim itu sampai mereka cukup
umur untuk kawin. Kemudian jika menurut pendapatmu mereka telah cerdas (pandai
memelihara harta), maka serahkanlah kepada mereka harta-hartanya.tetap untuk Sebab itu kita perlu sentiasa merebut peluang.
Kepada pihak melihat umur berkahwin
sebagai subjektif, mereka melihat enakmen sebagai menghalang niat pasangan
ingin berkahwin muda. Satu keperluan berkahwin muda adalah untuk menolak
berlaku hubungan bebas sehingga berlaku perbuatan zina dan melahirkan anak luar
nikah.
Dalam memahami mengapa perlu wujud
undang-undang had umur minima berkahwin, masyarakat harus faham, kerajaan
mempunyai tanggungjawab menghalang kemudaratan yang akan berlaku kepada rakyat.
Mengapa usia terlalu muda tidak sesuai
berkahwin? Faktor pertama ialah dalam segi masa depan. Remaja biasanya
meneruskan persekolahan untuk kehidupan lebih baik pada masa hadapan. Kalau
berkahwin, tentu peluang melanjutkan pelajaran agak terhad. Banyak gadis pintar
tidak menyambung pelajaran apabila berkahwin pada usia muda.
Faktor ekonomi juga penting. Kalau
lelaki masih usia muda dan tidak mempunyai pekerjaan tetap untuk menyara isteri
dan anak bakal dilahirkan, bagaimana hendak berkahwin?
Alasan kematangan fikiran juga satu
perkara perlu diambil kira. Usia remaja masih belum matang. Apa yang dilakukan
lebih menjurus kepada kehendak gelora nafsu muda semata-mata. Mereka tidak
mempertimbangkan foktor lain sebelum memutuskan untuk berkahwin.
Berdasarkan situasi itu, banyak
perkahwinan usia muda berakhir dengan perceraian. Perceraian usia muda banyak
memberi cabaran psikologi kepada pasangan berkenaan, lebih-lebih lagi jika
telah mempunyai cahaya mata. Anak menjadi mangsa kepada percerian ibu bapa mereka.
Justeru, jika kerajaan merasakan
kemudaratan akan berlaku sekiranya kanak-kanak terlalu muda berkahwin, maka
langkah penetapan had minimum umur perlu dibuat. Kerajaan berkuasa menentukan
dasar dan peraturan kepada rakyat selaras perkembangan hidup manusia dan
peredaran zaman.
Masyarakat Islam hari ini harus
bersifat matang dan tidak menggunakan hujah agama sewenang-wenangnya. Perbuatan
Rasulullah ada dikategorikan sunnah yang berpahala jika diamalkan dan ada
perbuatan Rasulullah yang bersifat sebagai manusia biasa mengikut uruf atau
kebiasaan zaman Baginda.
Rasulullah mengahwini Aishah dalam
usia muda dari bangsa Quraish adalah mengikut uruf kebiasaan masyarakat zaman
itu. Adalah amat tidak adil untuk membezakan sistem sosial zaman Baginda Rasul
Junjungan dengan sistem sosial hari ini.
Perkahwinan muda pada zaman dahulu adalah sesuatu diterima secara meluas oleh kebanyakan bangsa dan agama ketika itu. Kehidupan dahulu adalah amat mudah dan tidak renyah, sistem pendidikan hampir tiada untuk anak perempuan, sistem ekonomi berbeza, persaingan hidup rendah dan kehendak hidup sangat berbeza.
Perkahwinan muda pada zaman dahulu adalah sesuatu diterima secara meluas oleh kebanyakan bangsa dan agama ketika itu. Kehidupan dahulu adalah amat mudah dan tidak renyah, sistem pendidikan hampir tiada untuk anak perempuan, sistem ekonomi berbeza, persaingan hidup rendah dan kehendak hidup sangat berbeza.
Kita sebagai umat Islam harus memahami
hukum Islam terbahagi kepada dua; ada hukum bersifat kekal dan tidak boleh
berubah seperti solat, puasa dan zakat, manakala ada juga hukum Islam yang
fleksibel berdasarkan keperluan semasa dan boleh berubah mengikut metod seperti
metod kutipan zakat. Islam tidak mengongkong kehidupan dan tidak menyusahkan
manusia.
Pada masa sama, undang-undang dicipta untuk mengelakkan kemudaratan. Manusia harus bijak menyesuaikan hukum mengikut zaman selama mana hukum itu bukan bersifat mutlak.
Pada masa sama, undang-undang dicipta untuk mengelakkan kemudaratan. Manusia harus bijak menyesuaikan hukum mengikut zaman selama mana hukum itu bukan bersifat mutlak.
Kaedah fiqh juga ada menyebutkan,
sekiranya sesuatu urusan itu sempit, maka diperluaskan atau sekiranya urusan
dunia itu sangat luas, maka boleh dipersempitkan.
Islam ialah rahmat seluruh alam. Justeru, pelaksanaan Enakmen Peraturan Undang-undang Islam di Malaysia adalah semata-mata menjaga kemaslahatan dan mengelakkan kemudaratan lebih besar kepada semua individu Muslim.
Islam ialah rahmat seluruh alam. Justeru, pelaksanaan Enakmen Peraturan Undang-undang Islam di Malaysia adalah semata-mata menjaga kemaslahatan dan mengelakkan kemudaratan lebih besar kepada semua individu Muslim.
No comments:
Post a Comment