Jika anda berkunjung ke pantai, lebih baik
berwaspada dan sama sekali tidak menyentuh obor-obor beracun yang dikenali
sebagai portuguese man o' war atau nama saintifiknya physalia
cnidaria.
Hidupan laut dalam spesies obor-obor yang
dikategorikan dalam filum cnidaria itu mempunyai ribuan sel penyengat berbisa.
Physalia adalah haiwan yang dikategorikan
dalam filum cnidaria bersama-sama obor-obor di mana ia tidak boleh berenang dan
bergantung kepada arus.
Haiwan ini mempunyai ribuan sel penyengat
yang boleh menyebabkan rasa sakit melampau jika terkena pada badan.
Sehubungan itu, orang ramai supaya
menjauhkan diri, tidak menyentuh atau berenang di kawasan yang terdapat spesies
tersebut.
Setakat ini tiada antivenom untuk merawat
bisa yang disebabkan sengatan physalia.
Rawatan yang ada adalah berbentuk ubat penahan sakit dan melegakan simptom.
Mangsa terkenal sengatan obor-obor akan mengalami
kesakitan pada bahagian berkenaan dan gejala muntah akibat sengatan tersebut.
Sekiranya disengat obor-obor yang tidak
diketahui spesiesnya, orang ramai dinasihatkan menggunakan air panas dengan
julat suhu 45 darjah Celsius selama 30 minit untuk melegakan kesakitan dan
segera mengunjungi fasiliti kesihatan berhampiran.
Rawatan yang ada adalah berbentuk ubat penahan sakit dan melegakan simptom.
No comments:
Post a Comment