Saturday 13 February 2021

KESAN TIDAK CAPAI KLIMAKS JIMAK

 
Hubungan kelamin atau jimak adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai dalam ikatan suami isteri. Justeru, suami harus memastikan nafkah batin isteri dilaksanakan dengan sebaiknya. 
 
Jimak yang sempurna akan memberikan kepuasan batin bagi suami isteri. Namun, berdasarkan kajian, banyak isteri yang tidak puas atau mencapai orgasme ketika jimak bersama pasangan. 
 
Fakta menunjukkan:
 - 70% isteri mengatakan mereka tidak pernah mencapai puncak orgasme atau klimaks semasa melakukan hubungan seksual dengan suami.
 - 65% isteri mengakui sering berpura-pura mencapai orgasme untuk memuaskan hati suami.
- Hanya 15% sahaja isteri yang mencapai orgasme lebih dari sekali dalam seminggu.
 - 78% isteri mengaku mereka lebih suka dibelai-belai sahaja dari melakukan seks memandangkan tidak mencapai kepuasan dari hubungan seksual dengan suami. 
 
Fakta ini dilihat serius dan kebanyakan suami hari ini tidak mengendahkan masalah mereka. Banyak suami kurang berusaha untuk menyelesaikan masalah kurang tenaga batin kerana malu atau ego yang menebal. 
 
Disebabkan kelamahan di pihak suami, melakukan hubungan seks tidak lagi dilihat sebagai menyeronokkan oleh isteri. Maka itu setiap kali isteri diajak berjimak, ada saja alasan yang diberikan untuk mengelak. 
 
Persepsi mereka, seks adalah untuk keseronokan suami semata-mata, sedangkan mereka tidak mendapat apa yang diharapkan.   
 
Suami bertanggungjawab untuk memastikan nafkah zahir dan batin terhadap isteri ditunaikan sebaiknya. 
 
Banyak di kalangan isteri yang mengambil sikap mendiamkan diri sekiranya mereka tidak berasa puas. 
 
Masa diambil oleh wanita untuk mencapai puncak biasanya lebih lama dibanding lelaki. Isteri yang berpura-pura orgasme memberikan kesan negatif terhadap kesihatan mereka secara batin mahupun zahir. 
 
Pakar merumuskan bahawa wanita harus mengalami orgasme ketika melakukan seks untuk mengelak beberapa penyakit. Pada saat tidak tercapai orgasme, darah akan mengalir lesu dan tertahan. Akibatnya, tubuh berdepan berbagai penyakit. 
 
Selain itu, wanita yang tidak mencapai orgasme akan mudah menjadi sering marah, pemurung atau susah tidur.  

No comments:

Post a Comment