Thursday 18 February 2021

POKOK KELADI HIASAN CALADIUM

 
Masyarakat kita suka kepada yang tular. Apa sahaja yang tular akan mendapat perhatian. Ada banyak orang yang akan mengikut melakukan atau memilikinya. 
 
Inilah yang berlaku apabila tular mengenai pokok keladi hiasan atau keladi caladium. Semenjak awal tahun 2020, keladi caladium mula menjadi perhatian apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan. 
 
Sepanjang tempoh tersebut kebanyakan orang mempunyai banyak masa berada di rumah. Jadi, banyak yang terjebak dengan hobi menanam keladi hiasan. 
 
Keladi hiasan memang cantik kerana mempunayi pelbagai warna menarik dan corak daun yang berbeza. Pada peringkat awal tular keladi hiasan, kebanyakan harga sepokok sekitar RM20 hingga RM50 sahaja. Kalau adapun lebih mahal hanya beberapa jenis sahaja dalam anggaran harga RM100 sepokok atau sepasu. 
 
Namun, awal tahun 2021 ini, setelah tular lebih kurang setahun, harganya telah meningkat berkali ganda. Kalau dahulunya harga sekadar RM20, kini boleh mencecah sehingga RM200. 
 
Bahkan ada jenis keladi hiasan yang mencecah harga melebihi RM1000 hingga RM1500 sepokok. 
 
Apa yang menarik, biarpun harga mahal, peminat keladi hiasan sanggup berhabis wang sehingga kehabisan stok. Penjual pokok keladi hiasan kehabisan stok di nurseri masing-masing. 
 
Untuk mendapat stok, pengusaha nurseri terpaksa mengimportnya dari negara jiran, selain membuat pembiakan sendiri. Itupun masih tidak mampu untuk menampung permintaan yang tinggi. 
 
Bayangkan betapa tinggi permintaan terhadap keladi hiasan apabila dimasukkan media sosial untuk dijual, tidak sampai seminit telah laku. Peminat tidak berkira sangat tentang harga, terus membuat tempahan dan bayaran agar tidak terlepas memilikinya. 
 
Disebaban permintaan yang tinggi, muncul golongan yang sanggup untuk mencuri keladi hiasan. Mereka mencuri dan kemudiannya menjual kepada pembeli yang sanggup membelinya dengan harga tinggi. Bahkan ada yang sanggup ‘serbu’ kawasan perkuburan mencabut pokok keladi yang ditanam di situ seperti yang tular di media sosial. 
 
Seperti dijelaskan, harga keladi hiasan bergantung kepada spesis tertentu. Biarpun kebanyaknnya telah bernilai tinggi, masih ada spesis yang harganya di bawah RM20 biarpun kelihatan cantik. 
 
Jadi, jika sekadar ingin menghiasi laman rumah dengan pokok keladi hiasan yang sebenarnya cantik, tetapi harga masih rendah, tidak perlu fikir yang mahal-mahal. Apa yang penting, laman rumah kelihatan berseri dan cantik. Usah peduli tentang harganya.

No comments:

Post a Comment