Monday 27 November 2023

PERSIMPANGAN ENAM JENIS TREN DI KUALA LUMPUR

 
Malaysia berusaha menjadi negara yang mampu menyediakan perkhidmatan tren atau kenderaan berlandasan. Sekarang ini terdapat sekurang-kurangnya enam jenis perkhidmatan tren beroperasi di Kuala Lumpur.
 
Secara ringkasnya, Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang terdiri daripada sistem kereta api berikut yang beroperasi dan saling menghubungi iaitu KLIA Ekspres, KLIA Transit, MRT, LRT, KTM Komuter dan KL Monorel. Pada masa ini terdapat 10 laluan kereta api yang beroperasi sepenuhnya di Lembah Klang; iaitu 2 laluan kereta api komuter, 5 laluan rapid transit, dan 2 laluan kereta api lapangan terbang (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) & Lapangan Terbang Subang).
 
Menariknya, ada satu lokasi yang mana dilalui oleh keenam-enam jenis tren ini secara selari ataupun bersilang. Jika bernasib baik, anda dapat melihat lebih tiga jenis tren melalui lokasi itu pada satu-satu masa. Lokasi tersebut terletak di Sungai Besi.
 
Rel paling atas adalah laluan MRT (Mass Rapid Transit). Laluan tengah adalah LRT (Light Rail Transit). Laluan bawah sebelah kiri adalah Komuter dan ETS (Electric Train Service). Manakala laluan bawah sebelah kanan adalah KLIA Ekspress / KLIA Transit ERL (Express Rail Link).

No comments:

Post a Comment