Saturday, 28 July 2018

NEOKOLONIALISME HANCURKAN NEGARA

Era kolonialisme (penjajahan secara langsung) telah berakhir dan semua negara di dunia telah merdeka. Namun terdapat cara penjajahan era baru di mana negara yang lemah terpaksa bergantung kepada pertolongan negara luar. Keadaan ini berlaku di negara bergelolak yang mana pemimpin dan rakyatnya terpaksa menggadaikan maruah negara demi untuk terus berkuasa.    

Penjajahan bentuk baru dikenali sebagai neokolonialisme yang dilakukan melalui tipu daya, perjanjian berat sebelah, tekanan ekonomi, penyaluran pengaruh fikiran, budaya, ideologi dan sebagainya. 

Kesan penjajahan ini amat besar sehingga boleh melumpuhkan seluruh sistem pentadbiran negara dan sosiol ekonomi. Negara asing menjadi tuan dan penentu kepada dasar-dasar negara yang dikuasai.

Sebab itu setiap rakyat Malaysia mesti berusaha mengisi kemerdekaan dengan cara menghayati misi dan misi negara bagi membeza antara kebenaran dan kepalsuan. Rakyat perlu memperteguhkan jati diri agar tidak mudah tertipu dengan agenda pihak yang mempunyai kepentingan diri.     

Pada era kolonialisme, sebuah negara hanya dijajah oleh sebuah negara lain, tetapi melalui neokolonialisme memungkin sebuah negara menjadi mangsa kepada banyak negara yang lebih berkuasa, berpengaruh dan kaya. Keadaan ini semakin parah apabila kuasa besar menggunakan globalisasi sebagai senjata halus mengambil kesempatan mencipta sebanyak mungkin keuntungan atas alasan perkara itu satu pertandingan sihat. 

Kamus Dewan Edisi Keempat mendifinisikan globalisasi sebagai proses yang membolehkan sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dan sebagainya) disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikasi, dasar terbuka dan sebagainya.

Dalam era globalisasi sekarang ini, kita lebih terdedah kepada pengaruh budaya luar. Antara kesan pertama globalisasi ialah perkembangan pesat pasaran kewangan dan perniagaan dunia tanpa batasan. Negara kaya mengambil kesempatan menguasai perniagaan di negara membangun dan miskin dengan memasarkan barangan keluaran mereka yang relatifnya kos pengeluaran lebih murah kerana kecekapan pengeluaran dan penggunaan teknologi moden.

Kemasukan atau lambakan barangan dari negara kaya atau yang dikeluarkan oleh syarikat gergasi akan menyebabkan syarikat kecil tidak dapat bersaing dari segi harga dan kualiti. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan syarikat kecil terpaksa menghentikan operasi dan rakyat di negara berkenaan terpaksa mengharapkan sepenuhnya produk dihasilkan dari negara luar.    

Sesungguhnya penjajahan era baru ini adalah matlamat yang dikuasai oleh negara kaya untuk terus menguasai negara miskin. Majoriti negara kaya dan berkuasa adalah negara bukan Islam. Manakala majoriti negara miskin yang menjadi mangsa neo-kolonialisme pula adalah negara Islam. Dengan kata lain, dalam era globalisasi sekarang ini majoriti negara Islam di dunia sekarang dijajah oleh negara bukan Islam. 

Usaha untuk membebaskan negara dari neokolonialisme bukan menggunakan kekuatan ketenteraan seperti melawan penjajah dulu. Kekuatan pada zaman sekarang tidak hanya bergantung kepada kekuatan tentera untuk menjajah negara lain, tetapi lebih berkesan ialah melalui penjajahan pemikiran, ekonomi dan budaya. 

Rakyat perlu dididik dengan budaya berfikir yang matang agar melakukan sesuatu tindakan berdasarkan kepada kebijaksanaan, bukannya mengikut nafsu yang dipengaruhi pemikiran jahat. Kejayaan kuasa besar campur tangan di sesebuah negara dilakukan dengan pertolongan rakyat negara berkenaan. Perkara ini berlaku bukan pada era moden ini saja, bahkan telah lama berlaku. 

Sejarah kejatuhan empayar besar seperti kerajaan Umaiyah di Damsyik, Cardova di Spanyol serta Abasiyah di Baghdad adalah berpunca sikap pemimpin yang menjadi gunting dalam lipatan dan duri dalam daging. Malah, kejatuhan kesultanan Melayu Melaka juga tidak terkecuali akibat tersebarnya fitnah dan membaranya perasaan irihati di kalangan pemimpin.

Keadaan sama sedang melanda negara kita.  Pergelolakan politik dalam negara diambil kesempatan pihak tertentu untuk masuk campur secara halus. Biarpun negara luar tidak terlibat secara langsung masuk campur sebagai menghormati kebebasan dan kedaulatan negara, pertubuhan atau gerakan dari luar negara sering membuat onar terlibat sama menyokong gerakan boleh mencutuskan huru hara di dalam negara.

Cara ini ternyata berkasan dilakukan oleh penjajah era neokolonialisme yang mana mengangkat pemimpin yang sanggup mengikut telunjuk mereka disebabkan termakan budi. Pemimpin sedemikian lebih menuruti kehendak pihak luar berbanding menjaga dan memenuhi permintaan rakyat sendiri. 

Pemimpin boneka terpaksa menuruti kehendak asing kerana sedar jika tidak berbuat demikian akan timbul pula kelompok lain yang ditaja oleh asing untuk menjatuhkannya.  

Ketahuilah bahawa berfikir itu adalah cahaya kehidupan. Begitu penting sekali kita mengutamakan cara berfikir yang betul. Jangan mudah percaya kepada perkara yang sengaja direka-reka. Memandangkan berfikir itu penting, Yahudi berusaha untuk membekukan daya berfikir bangsa bukan Yahudi.    

Protokol Zionis Nombor 10 berbunyi: “Tetapi, kalau kita berikan manusia di dunia ini berfikir dan membuat keputusan, maka saat yang kita nanti-nantikan sudah tentu tidak akan tiba.”

Kesan buruk neokolonialisme tidak kurang hebat dengan kolonialisme. Apabila sistem pentadbiran negara dan pemikiran rakyatnya rosak, maka mudahlah musuh negara menguasai apa yang diingini. 

Negara yang mengalami neokolonialisme hilang identiti kerana ia dicorakkan oleh negara penjajah termasuk dalam soal amalan berkaitan agama. Banyak unsur dalam neokolonialisme bertentangan dengan ajaran Islam. 

Ideologi sekularisme telah meruntuhkan kekuasaan empayar Islam Uthmaniyah di Turki. Turki yang kaya dengan budaya dan pegangan Islam hanyut dan runtuh hasil usaha neokolonialisme yang dilakukan oleh negara Barat. Kejatuhan empayar Uthmaniyah tanda berakhirnya kuasa umat Islam yang sehingga sekarang masih belum dapat diganti oleh mana-mana negara Islam. Neo-kolonialisme juga berjaya menghancurkan banyak negara Islam lain.    

Akibat tindakan neokolonialisme, Turki dianggap lebih Barat daripada negara-negara Barat sendiri berdasarkan kata-kata Menteri Dalam Negeri Turki pada tahun 1937 yang berbunyi: “Dengan sekularisme, kita telah membuat kepastian bahawa agama Islam tidak mempengaruhi urusan negara. Biarlah agama tinggal di masjid-masjid dan di tempat ibadat saja. Biar ia tidak keluar dari dunianya.”

Kesan neokolonialisme di Turki masih dapat dilihat sehingga sekarang, biarpun negara itu sudah semakin bebas daripada sumpahan kongkongan itu. Sekali terjajah memang sukar untuk melepaskan diri daripadanya apabila seluruh pemikiran rakyat telah dilemahkan sehingga sukar untuk membezakan mana yang patut dijadikan ikutan.  

Kemerdekaan minda menjadi perkara terpenting dalam usaha membentuk kejayaan hidup. Selagi minda dikuasai blok pemikiran kuno, taksub, mudah percaya, fikiran singkat, mudah mengaku kalah dan tidak berdaya saing, selagi itu kita tidak menikmati erti kemerdekaan sebenar.

Sekiranya kita leka daripada tugas mempertahankan negara daripada apa jua bentuk serangan Barat ini, lambat laun negara kita akan kembali dijajah. Justeru kita perlu menolak sebarang bentuk penjajahan bentuk moden ini.

No comments:

Post a Comment