Lapar
sedikit adalah ubat yang mujarab. Khalifah ar-Rasyid menghimpun beberapa pakar
perubatan dan mencari apakah ubat yang tidak ada kesan buruk langsung.
Ada
beberapa jawapan seperti air suam, kurma dan sebagainya. Tetapi telah ditolak
oleh seorang yang paling banyak ilmu di kalangan mereka dengan jawapan yang
bernas dan diterima oleh pakar yang lain.
Maka
yang lain pun bertanya kepadanya apakah jawapan yang sebenar. Maka dia
menjawab: "Ubat yang tidak ada kesan buruk di sisiku adalah janganlah
engkau makan melainkan setelah benar-benar lapar dan selesai makan dalam
keadaan engkau masih ingin makan lagi (iaitu makan sedikit sahaja)."
Maksud
lapar yang terpuji di sini adalah yang adalah lapar sedikit yang tidak membawa
penyakit. Adapun lapar yang boleh membawa penyakit adalah dilarang. Dalam lapar
ada ratusan faedah dan manfaat. Selain menyehatkan secara fizikal, lapar juga
menyembuhkan penyakit-penyakit jiwa dan membersihkan kotoran-kotoran batin.
Al-Ghazali
dengan sangat mengagumkan menunjukkan ketiga manfaat itu, iaitu fizikal, psikologi
dan spiritual. Secara fizikal, kata Al-Ghaali, puasa menyehatkan tubuh dan
menolak penyakit. Pernyataan Al-Ghazali ini, yang didasarkan pada sabda Nabi
SAW, dibuktikan dalam kedoktoran modern.
Berikut
hasil penelitian mutakhir tentang manfaat puasa bagi kesihatan. Manfaat pertama
puasa ialah membersihkan tubuh dari racun. Puasa adalah teknik detoksifikasi
yang paling murah dan paling efektif. Detoksifikasi
adalah proses mengeluarkan atau mentralkan racun dalam tubuh (toksin) melalui
usus, hati, ginjal, paru-paru dan kulit.
Berlapar
mampu menjadi penyembuhan semulajasi. Ketika berlapar, tenaga untuk mencerna
makanan dialihkan ke metabolisme dan sistem imun. Pada saat yang sama, dalam
tubuh kita terjadi penguraian protein yang sangat berkesan dan memungkinkan
tumbuhnya sel-sel dan organ yang lebih sihat.
Orang
yang berlapar memperoleh manfaat awet muda dan panjang usia. HGH atau the human
growth hormone (hormon untuk pertumbuhan manusia) dikeluarkan lebih banyak dalam
keadaan berlapar.
Secara
psikologi, menurut Al-Ghazali, kebiasaan melaparkan diri berfaedah untuk
mengurangi keinginan kepada kebendaan.
Orang yang terbiasa makan sedikit akan puas dengan kehidupan yang
sederhana. Dari kesederhanaan dalam soal makanan, ia akan turut terikut dalam
soal lain seperti pakaian, rumah, kenderaan, dan hajat-hajat hidup lainnya.
Sudah terbukti bahwa orang yang hidup sederhana jauh lebih bahagia dari orang
yang hidup mewah.
Secara
tuntasnya, penyebab kehancuran manusia ialah kerakusannya terhadap kesenangan
dunia. Kerakusan terhadap dunia disebabkan oleh syahwat kemaluan dan syahwat
perut.
Bersamaan
dengan kebiasaan hidup bersahaja, kita ,mempunyai peluang untuk memberikan
kelebihan harta untuk membantu kaum lemah fakir miskin dan anak-anak yatim.
Semua agama sepakat, kita hanya dapat mendekati Tuhan dan menyempurnakan
perjalanan rohaniah kita dengan memberi, berkongsi dan berkhidmat kepada
sesama.
No comments:
Post a Comment